Kondangan Ika di Galeri Shah Alam

May 21, 2015

Garden Wedding

Garden Wedding


Jumaat lepas bertarikh istimewa iaitu 15/5/15, sepupu CN iaitu Ika telah melangsungkan perkahwinan bersama lelaki pilihannya. Memilih tema garden wedding, majlis ini diadakan di Galeri Shah Alam bersebelahan dengan Tasik Shah Alam. Majlis ini memang meriah dihadiri saudara mara dan rakan-rakan pengantin. Sampaikan nak makan pun kena beratur panjang..huhu

Ika memang cantik dengan dress putih. Sesuai sangat dengan tema garden wedding. Tapi sayang CN tak dapat bergambo banyak dengan pengantin sebab ramai sangat orang. Cukuplah satu gambo jer bersama pengantin buat bahan dalam blog. Lifestyle blogger katakan. Mestilah cerita kehidupan seharian kan? Hehe

Oklah, macam biasa, layankan jela gambo2 dari henpon murah CN ni. Kamera digital dah uzur, henpon jela penyelamat..

Garden Wedding

Haruslah bergambo bersama keluarga kecil CN. Irfan takmo senyum sebab dah mengantuk sangat tu. Selamat dia tak mengamuk

Garden Wedding

Irfan kemengantukan sebab kitorang gerak balik dalam pukul 10 lebih. Almaklumlah, bila dah jumpa sedara-mara, mana boleh balik awal. 

Garden Wedding

Ibu si QilahFurqan kemain seronok kat belakang tu ! Dia dah warning CN jangan upload gambo ni, lagi dia warning lagi CN nak upload ! Hahahaha (gelak jahat)


Okaylah, akhir kata kepada sepupuku sayang Ika, semoga kekal bahagian hingga ke jannah. Awak tu dah jadi bini orang, behave tau, takmo nakal-nakal ! weee



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.