5 barang CN nak beli di Rakuten Malaysia

May 12, 2015

Shopping di Rakuten

Shopping di Rakuten


Pernah dengar tentang Rakuten? Ia adalah website yang menjual pelbagai jenis barang yang pasti akan membuat anda tergoda dan tergamam dengan harganya yang super awesome. Rakuten Group ni berasal dari Jepun dan telah memperluaskan pengaruhnya sampai ke Malaysia pada tahun 2012. Kalau anda singgah ke website Rakuten Malaysia, CN pasti anda akan berjam-jam lamanya window shopping di sana. Orang perempuan ni kena window shopping dulu. Bila dah dapat gaji barulah boleh menyopping. Betul tak?

Dalam banyak-banyak barang di Rakuten dan setelah sejam lebih memilih barang, akhirnya CN telah memilih 5 barang yang teringin sangat-sangat CN nak beli dekat Rakuten Malaysia. Apakah 5 barangan pilihan CN? Cekedot !


RM 79.00

Shopping di Rakuten

Disebabkan Irfan dah besar, carseat Irfan semakin 'sempit' untuk dia. Dah lama CN survey car safety seat macam dalam gambar ni. Paling murah pun RM90. Tapi di Rakuten cuma RM79 ! Murah tu. Designnya pun comel dan ada kartun-kartun lagi, mesti Irfan suka ! CN try cari kaler merah gorges, tapi tak ada pulak. Harap-harap pihak Rakuten ada lah restok kaler merah kegemaran CN ini, lagi lah bertambah hepi CN. Wee


RM 168.00

Shopping di Rakuten

CN memang suka sangat makan steamboat. Tapi mahal kalau nak makan selalu. Tapi, kalau CN beli bbq plate & bowl ni. Hah ! Dah boleh makan steamboat hari-hari dekat rumah. Best tak? Tapi kan, kalau beli plate ni mestilah sekali dengan pasangannya. Apakah ia? Tengok barang ketiga ni pulak. 

3. Philips induction Cooker HD4921/00

RM 315.00

Shopping di Rakuten

Pasangan terbaik untuk bbq plate & bowl di atas adalah Philips induction cooker. Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan, memang senang bersteamboat bila ada induction cooker ni. Bertambah-tambah seronok bersteamboat di rumah dengan mengadap tv sambil Irfan bebas berlari ke sana ke mari. Rumah sendiri kan, kalau dekat restoran steamboat Irfan buat macam tu, memang kena babap dengan mamanya la jawabnya !


RM 94.45

Shopping di Rakuten

Mesti anda pelik kenapa CN pilih pregnancy support pillow ni kan? Hah ! CN tengah plan nak bagi Irfan adik, kira persiapan untuk preggy la ni. CN berkenan sangat tengok corak ceri kaler merah ni, nampak comel jer. 


RM690.00

Shopping di Rakuten

Lagi satu persiapan untuk preggy adalah breast pump. Item wajib ada untuk ibu yang nak menyusukan anaknya. CN dah ada spectra 3, tapi bunyi dia power sangat la ! Segan bila nak mengepam dekat sekolah ! Hehe

Okaylah, ini jer 5 barang yang CN teringin nak beli di Rakuten Malaysia. Harap-harap dimurahkan rezeki untuk beli semua barang-barang di atas ni. Idaman kalbu tu..

pertandingan blogger


Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons.
Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. CN preggy ke?
    tgk siap list brg2 tuk pregancy ngan bf hehe
    yg steambot pot tu mmg berkenan mmpu kut nak milik
    tp tmpt masak philip tu mahal nye hahaha
    tp mmg senang nak pakai mende tu kan


    el pun ada spektra mmg xrajin nak pakai
    bunyi dah mcm harley davidson je haha
    skrg el pakai unimom manual je

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN tak preggy lg kak el, tengah persiapan utk preggy, hehe

      Delete
  2. Philip Induction Cooker tu macam best je....!! :)

    ReplyDelete
  3. CT wish untuk CN nye prancangan untuk kasi Irfan adik tu dipermudahkan miahahaha..
    omeeey je CN ni..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.