Sukan sekolah SMKTPG 2015 memang meriah !

May 12, 2015

Sukan Sekolah

Sukan Sekolah

Khamis lepas iaitu 7 Mei 2015 telah berlangsungnya Sukan Sekolah SMKTPG 2015 bertemakan hidupan laut. Baru kini CN berkesempatan untuk up entry tentang Hari Sukan yang meriah ni. Memang best kerana pasukan perbarisan Rumah Kuning sesi pagi di bawah seliaan CN, Cikgu Ilyana, Cikgu Yusro, Cikgu Fairus dan Cikgu Ruziati menjadi JOHAN !! Berbaloi penat lelah stayback hari-hari di sekolah menyiapkan maskot dan prop, akhirnya terbalas dengan mendapat johan. 

Pada mulanya CN agak down bila tengok pasukan lain dengan maskot dan prop yang gempaq, memang terus target kalah jer walaupun budak2 CN nampak omel jer dengan kerang di telinga masing-masing. Namun, berkat kerjasama budak-budak ni dan maskot yang lincah walaupun tak berapa cantik telah menjadikan pasukan perbarisan Rumah Kuning sesi pagi dinobatkan sebagai johan! Alhamdulillah...

Untuk hiasan rumah sukan pulak, Rumah Kuning mendapat tempat kedua dengan menggunakan pelbagai barang terpakai. Sangat-sangat menjimatkan dan hasilnya memang superb ! Alhamdulillah, untuk keseluruhan, Rumah Kuning berjaya mendapat tempat kedua. Kita cuba lagi tahun depan yer..

Sebagai pelengkap entry CN, meh kita layan gambo-gambo semasa Hari Sukan 2015 yang meriah ini.

Sukan Sekolah

Guru-guru Rumah Kuning yang sporting dihadapan khemah kami yang ceria ni

Sukan Sekolah

CN dan Cikgu Hafiza sempat bergamba bersama maskot Rumah Kuning sesi petang yang superb awesome hasil tangan Cikgu Azman. Kreatif kan Cikgu Azman ni? Beso tu ikan buntal ni..

Sukan Sekolah

Antara hiasan-hiasan di khemah Rumah Kuning . Gorges tak mermaid tu? Paling gorges mermaid dekat bawah ni ....

Sukan Sekolah

Hah ! Hasil tangkapan adalah seorang mermaid muslimah dengan sisik yang asyik tercabut sebab tak biasa dengan cuaca panas di SMKTPG ! Hehe

Sukan Sekolah

Maskot Rumah Hijau sesi petang..apa ye? CN tak sempat tanya lak

Sukan Sekolah

 Rumah Biru dengan maskot dolphine. Kanan tu adalah Fikri untuk sesi pagi dan kiri adalah adik comel form 1 yang tak sempat tanya namanya tapi sangat comel ! Malu2 jer budaknya

Sukan Sekolah

Maskot Rumah Ungu sesi pagi di kiri ni paling awesome dengan obor2 yang sentiasa senyum hasil rekaan Cikgu Sheik ! Sesi petang juga masih dengan maskot obor2

Sukan Sekolah

 Kiri adalah maskot Rumah Merah iaitu sotong manakala kanan adalah maskot Rumah Merah sesi petang iaitu ketam

Sukan Sekolah

Dan paling awesome semestinya Rumah Kuning sesi pagi dengan maskot starfish oleh Izwan bersama mermaid Aina sebagai tukang pegang sepanduk. Manakala tukang pegang bendera iaitu Nabil segak bergaya bersama baju melayu milik ayahnya kerana tidak sempat buat baju mermaid versi lelaki ! Hehe.. tahniah ye anak2 ku sayang !



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. maskot mesti binatang laut ke ? sotong ke CN ? CT ingat tapak sulaiman ehehe..
    aaargh janji menang ye dak.. dah habis pulun dah.. kretip gila n best sungguh sbb cg2 masuk join skaki..
    time CT jadi student semua budak buat.. kalo da budak buat mmg berapa kerat je yg bersungguh..

    ReplyDelete
  2. Wa... meriah giler... memang best ni... unik dan comel sesangat...

    ReplyDelete
  3. Wa... meriah giler... memang best ni... unik dan comel sesangat...

    ReplyDelete
  4. boleh amik idea ni hari sukan nanti... kita pernah rumah kuning , buat maskot spongebob.. juara jugak

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.