#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
Hari keempat #Cabaran20Hari dengan tajuk "Menu wajib bulan puasa".
Bulan puasa merupakan bulan yang paling meriah dengan pelbagai hidangan yang kita jarang-jarang jumpa di hari biasa. Walaubagaimanapun, CN memang nekad untuk tidak ke pasar ramadhan untuk mengelak pembaziran. Yela, bila lapar semua benda nak di beli, tapi bila dah berbuka, tak sentuh pun kuih-kuih yang konon nampak sedap tu.
Resepi Hidangan Sahur
Boleh dikatakan menu wajib bulan puasa bagi CN semestinya nasi. Orang melayu memang tak boleh lari dengan nasi. Jadi, hari-hari memang wajib masak nasi dan beberapa hidangan lauk untuk berbuka. Kuih-muih ni memang jarang masak dirumah sebab takut membazir tidak dimakan. Biasanya bila dah kenyang dengan nasi, kuih muih ni diabaikan.
Ketika berbuka, CN mengambil nasi yang sedikit tetapi lauk yang banyak sebab biasanya CN akan kenyang air. Faktor kebuncitan CN adalah air. Kira bahasa mudah adalah buncit air. Its ok, buncit air lawannya sauna. Bila la nak bersauna ye? Hehe
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~