Bawak 1 keluarga ke Mesyuarat Agung SGMS

June 13, 2015

Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor

Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor
Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor atau SGMS telah mengadakan mesyuarat agung tahunan ke 43 pada 7 Jun yang lalu. Elaun kehadiran RM100 diberi kepada ahli berdaftar yang datang. CN telah menjadi ahli pada tahun lepas akibat di'pujuk' oleh salah seorang ahli Lembaga SGMS iaitu Cikgu Maimon yang merupakan boss CN di pusat sumber SMKTPG.

Disebabkan CN merupakan antara pelajar nakal masa sekolah, perangai tu terbawak-bawak sampai sekarang. Dengan langkah anggun, selepas mendaftar jer CN terus keluar bersama Encik Suami & Irfan Hensem konon-konon pergi bersarapan sampai terlajak ke Taman Tasik Shah Alam !

irfan hensem, medang, sgms
Irfan Hensem medang roti canai, sedap sampai menjilat tangan tau !
Tengah seronok merayap, Kak Mon (Cikgu Maimon) call suruh datang balik sebab mesyuarat nak mula. Dalam pukul 11 lebih CN kembali masuk ke dalam Dewan Raja Muda Musa untuk mendengar segala bebelan dalam Mesyuarat Agung Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor sambil tangan sibuk dengan henpon duk bertelegram dengan Geng EFG

Untuk menarik kehadiran ramai ahli datang ke Mesyuarat Agung tersebut, diadakan juga sesi cabutan bertuah dengan grand prize adalah TV LCD 32 inci. Tapi bila disebut cabutan bertuah, CN memang selalu tak bertuah. Dalam banyak-banyak hadiah lucky draw tu, tak ada satu pun yang melekat nombor CN ! Alahai..

Its ok, habis jer mesyuarat, CN terus ke Stadium Melawati Shah Alam untuk tengok Upin-Ipin. CN lupa event apa di sana. Tapi memang meriah la. Next entry yer tentang event tu. 

Jadi kepada guru-guru yang mengajar di Selangor dan Kuala Lumpur, jom beramai-ramai sertai Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor dan nikmati pelbagai kelebihan yang awesome. CN dah join, anda bila lagi?

irfan hensem, encik suami, sgms
Ok, ready ke Stadium Melawati untuk tengok Upin Ipin

Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor

TINGKAT 6, WISMA SGMS,
JALAN CHOW KIT,
50350,KUALA LMPUR

TEL: 03-40418857/03-40424211
FAK: 03-40432336

Website : www.kopsgms.com




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.