#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | APA ERTI PUASA BAGI CN

June 27, 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Hari pertama #Cabaran20Hari bermula pada hari ini dengan tajuk "Apa erti puasa bagi anda?". 

Jika masa kecil dulu, bagi CN puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga. Sudah tentu ganjaran bagi orang yang berpuasa adalah bergembira di Hari Raya Aidilfitri. Lagi-lagi kalau puasa penuh, pergh ! Memang banyak dapat duit raya. 

Puasa

#cabaran20Hari

Puasa di bulan Ramadhan memang sentiasa ditunggu kerana terdapat banyak ganjaran daripada apa yang kita lakukan. Pada bulan inilah setiap amal ibadat diberi ganjaran berganda berbanding bulan biasa. 

Sebagai seorang guru, memang mencabar mengajar ketika di bulan Ramadhan ini. Mana taknya, kita perlu bercakap untuk mengajar dalam masa yang sama perlu menarik perhatian pelajar yang rata-ratanya memang tak bermaya dan sentiasa mencari alasan untuk tidur ! 

Kesabaran sentiasa diuji. Tapi itulah manisnya pengalaman mengajar di bulan puasa. Bagi CN, puasa di bulan Ramadhan sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah dan rebutlah peluang beramal di bulan mulia ini. 




~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. semangat kesabaran pendidik berganda pahalanya..selamat berpuasa CN

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.