Pusat Internet 1 Malaysia memang best

June 01, 2015

Pusat Internet 1 Malaysia

Pusat Internet 1 Malaysia

Program Pusat Internet 1Malaysia merupakan satu program kerajaan untuk rakyat termiskin di bandar dan juga luar bandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan sosio ekonomi penduduk berpendapatan rendah. 

Pusat Internet 1Malaysia menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran yang amat minimun. Program ini telah dilaksanakan seawal tahun 2013 hingga kini. Masa CN habis belajar, CN pernah ditawarkan bekerja sebagai penyelia di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Datuk Harun, oleh sebab masalah pengangkutan, CN terpaksa tolak tawaran tersebut. 

Baru-baru ini, Pusat Internet 1Malaysia cawangan Telok Panglima Garang telah menawarkan Program Kursus Adobe Hunt (Photoshop) kepada 20 orang pelajar dari SMK Telok Panglima Garang. Selaku guru ICT, CN bersama 2 orang lagi rakan guru telah berkolaborasi bersama Pusat Internet 1Malaysia Telok Panglima Garang mengadakan kursus tersebut selama 2 hari iaitu Sabtu & Ahad minggu lepas. 

Pusat Internet 1 Malaysia

Pelajar telah dibahagi kepada 2 kumpulan untuk 2 hari belajar tentang Adobe Photoshop. Penyertaan adalah PERCUMA. Kalau di tempat lain, sekurang-kurangnya RM50 melayang untuk kursus seperti ini. Tapi di Pusat Internet 1Malaysia, kursus ini adalah percuma. Menarik bukan?

Fasilitator untuk kursus 2 hari tersebut adalah dari pihak Pusat Internet 1Malaysia Telok Panglima Garang sendiri. Selain belajar tentang Adobe Photoshop, pertandingan merekacipta poster juga turut diadakan untuk menguji tahap kefahaman peserta. Tempat kursus tersebut adalah di Pusat Internet 1Malaysia Telok Panglima Garang yang terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan.

Pusat Internet 1 Malaysia

Alhamdulillah, feedback dari peserta kursus, mereka memang sukakan kursus sebegini. Peserta juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang dibelajar melalui pertandingan yang diadakan selepas kursus tersebut. Paling best tentulah venue kursus yang selesa dan mempunyai Internet yang berkelajuan tinggi. InsyaAllah, pada Jun nanti, akan diadakan lagi kursus dengan topik yang lain bersama pihak Pusat Internet 1Malaysia lagi. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. pusat internet ni sebenarnya betul2 berguna terutama utk kawasan luar bandar kan

    ReplyDelete
  2. usaha yang amat baik, dulu masa sekolah tak dapat peluang sebegini

    ReplyDelete
  3. bestnya ada kursus free..pusat internet tmpt KG tak buat kursus pun...

    ReplyDelete
  4. bolehla budak2 yg x berkemampuan dtg gunakan kemudahan.. jgn disalah gunapakai sudah.. guna utk benda baik2 saja..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.