#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Aktiviti di pagi raya

July 12, 2015

Hari keenambelas #Cabaran20Hari dengan tajuk " Aktiviti di pagi raya". 
Aktiviti di pagi raya CN memang sibuk. Lepas subuh jer sudah sibuk di dapur memasak dan memanaskan juadah raya. Baju raya pastikan sudah di iron sehari sebelum untuk mengelakkan kekelam-kabutan di pagi raya. Yela, Encik Suami tu kalau tak disiapkan bajunya, alamat pagi2 raya dah menjerit duk tanya "Butang baju melayu abang mana yang?". Ingat cerita P. Ramlee ke?


Aktiviti di Pagi Raya

#Cabaran20Hari, aktiviti di pagi raya



Biasanya selepas habis sembahyang raya, baru la bersalam-salaman memohon maaf dan sudah pasti aktiviti bergambar adalah WAJIB !. Lagi-lagi selepas jadi blogger ni, lagi lah sibuk duk upload gambo dekat blog la, instagram la..hehe

Dan jangan dilupa, sebelum beraya ke rumah yang jauh-jauh. Rumah jiran mesti dilawati dulu. CN akan pastikan beraya di rumah-rumah jiran yang sudah pasti rumah saudara terdekat sebelum mula beraya ke rumah saudara-saudara yang lain.

Anda pula bagaimana, apakah aktiviti anda di pagi raya?


~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. Selalunya raya 1st makanan semua sedap2. hahahahha .

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.