PT3 Sejarah : Faktor-Faktor Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895

July 07, 2015

Faktor-Faktor Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895


Disini CN kongsikan faktor-faktor termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895 sebagai panduan untuk PT3 Sejarah 2015. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. 



Baju Kurung Premium


Faktor-Faktor Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895 : 



(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
  • Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
  • Residen menjadi terlalu berkuasa
  • Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
  • Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen


(ii) Krisis Kewangan Pahang

  • Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
  • Jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan


(iii)  Perkongsian Perkhidmatan Pakar

  • Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor


(iv) Sistem Perhubungan

  • Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan


(v)  Faktor Keselamatan

  • Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan


Sumber : SINI

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.