PT3 Sejarah : Kesan-Kesan Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895

July 06, 2015

Kesan-Kesan Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895


Disini CN kongsikan kesan-kesan Perjanjian Persekutuan 1895 sebagai panduan untuk PT3 Sejarah 2015. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. 



Baju Kurung Premium


Kesan-Kesan Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895 

(1) Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
(2) Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
(3) Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
(4) Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
(5) Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral
(6) Sultan-sultan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) tidak puas hati
(7) Sultan mendesak agar bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Selain agar bahasa Melayu diiktiraf dan dijadikan bahasa rasmi
(8) Akibat desakan tersebut, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah menggantikan DURBAR pada tahun 1909 yang membawa kepada persetujuan - Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha & Kerajaan British juga bersetuju untuk menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. dah bertahun x baca pasal sejarah ni. hahahaha..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.