Sambutan Hari Kemerdekaan
Sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah kali ini agak meriah dimana guru-guru dikehendaki berpakaian seperti orang dulu-dulu dengan guru wanita berkain batin di kepala. Ayu gituew tau !
Lagi-lagi gambar di bawah ni. Encik Suami siap tegur nak ke sekolah ke nak ke mana ! Hehe
Pelbagai acara diadakan dan yang paling best adalah kelas CN iaitu 3 Progresif mendapat anugerah Sehati Sejiwa kerana sepakat 3 kaum di dalam kelas tersebut iaitu melayu, cina dan india menghias kelas. Memang ketara semangat 1Malaysia antara mereka ketika menghias kelas. Walaupun kelas 3 Progresif ni merupakan kelas kedua hujung, tapi semangat mereka dipuji oleh ramai guru. Gambar hiasan kelas akan CN up kan dalam entry lain kali ye.
Ok, layan kan jela beberapa gambar yang sempat CN kumpulkan.
Perarakan dengan motor vespa
Wajah-wajah anak Malaysia
Cikgu-cikgu pun haruslah berposing ye
CN & Cikgu Syuhada, berpeluh kitorang dengan batik di kepala ni tau ! Hehe
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~