10 Makanan Tidak Sesuai Disimpan Di Dalam Peti Sejuk

August 03, 2015

10 Makanan Tidak Sesuai Disimpan Di Dalam Peti Sejuk


CN terbaca di Majalah Anjung Seri Edisi Mac 2015 tentang 10 makanan tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk. Hah ! Rupa-rupanya banyak makanan yang tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk tau. Disebabkan terbiasa dengan ibu CN yang kalau boleh semua benda nak dimasukkan dalam peti sejuk, baru la CN tahu bahawa ada banyak makanan yang lagi elok dibiarkan pada suhu bilik berbanding simpan di dalam peti sejuk.

Berikut merupakan barang makanan yang tidak sesuai untuk simpanan peti sejuk :

makanan tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk, makanan sedap, buah sedap
Gambar sumber : Google


1. SOS CILI boleh diguna sehingga 3 tahun jika diletak diluar.

2. TOMATO boleh berubah tekstur dan menjadikannya keras jika disimpan lama di dalam peti sejuk.

makanan tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk, makanan sedap, buah sedap
Gambar sumber : Google


3. BUAH TEMBIKAI yang sudah dipotong sahaja elok disimpan di dalam peti sejuk. Buah yang belum dipotong biarkan kekal diluar kerana hasil kajian Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mendapati buah yang disimpan dalam suhu bilik berupaya mengekalkan kandungan antioksidanya.

4. LABU memerlukan pengudaraan yang baik untuk tahan lebih lama. Oleh itu, penyimpanan di tempat kering sangat digalakkan.

5. EPAL akan terjejas tekstur dan rasanya akibat kelembapan udara di dalam peti sejuk

makanan tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk, makanan sedap, buah sedap
Gambar sumber : Google


6. MENTEGA KACANG akan berubah teksturnya menjadi liat kalau dimasukkan di dalam peti sejuk, menjadikannya sukat untuk dikaut dan disapu pada roti atau biskut

7. BUAH SITRUS seperti lemon, oren dan limau nipis eloklah disimpan dalam suhu bilik untuk tahan lama. Elak meletakkannya terlalu rapat bagi mengelak pertumbuhan kulat

8. BUAH-BUAHAN KERING juga lebih sedap kalau tidak disimpan di dalam peti sejuk

9. BIJIRIN lebih tahan lama jika dimasukkan ke dalam bekas dan disimpan di dalam pantri

makanan tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk, makanan sedap, buah sedap
Gambar sumber : Google


10. BUAH AVOKADO juga mengambil masa yang lama untuk masak jika disimpan di dalam peti sejuk, bahkan boleh mengurangkan rasanya


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

9 comments

  1. epal selalu simpn dalam peti ais..tak elok rupenye

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info Ini CN

    ReplyDelete
  3. Oh baru tau tembikai yg belum potong mesti kene letak luar...

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info berguna ini CN

    ReplyDelete
  5. Kalau buah tembikai tu mmg selalu simpan dm peti lepas potong sbb tak nak bagi masam...
    Hihii tapi tak pernah lagi letak sebijik terus dalam peti...

    ReplyDelete
  6. ohhh buah bauhan yang tak kupas memang selalu letak kat luar je. dah kupas baru masuk dalam peti sejuk ehehe. btw good info CN :D

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.