Resepi Berpantang : Ikan haruan masak lada hitam

August 14, 2015

Resepi Ikan Haruan Masak Lada Hitam


Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.


resepi, resepi berpantang, masakan ikan haruan

Ikan Haruan Masak Lada Hitam Mudah


Bahan-bahan ikan haruan masak lada hitam :



Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan dipotong kepingan.

1 inci halia dihiris nipis

3 ulas bawang kecil dimayang

2 ulas bawang putih diketuk

1 keping asam keping

1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Air
Garam

Cara memasak ikan haruan masak lada hitam:


Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra. Perasakan dengan garam dan hidangkan.

* Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas bersalin. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. sedap dan mudah disediakan...mesti cuba ni

    ReplyDelete
  2. ehem ehem CN dah buat persediaan awal nampaknya :)

    ReplyDelete
  3. Ibu2 yg tengah berpantang tu boleh la mencuba

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.