Resepi Berpantang : Singgang Ikan Tenggiri

August 27, 2015

Resepi Singgang Ikan Tenggiri


Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.

resepi, resepi berpantang, masakan singgang

Singgang Ikan Tenggiri



Bahan-bahan singgang ikan tenggiri :


2 keping ikan tenggiri
1 inci halia dipotong kepingan
1 inci kunyit hidup dipotong kepingan
2 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
Garam
Air

Cara memasak singgang ikan tenggiri :


Rebus kesemua bahan kecuali ikan sehingga air mendidih dan naik bau. Masukkan ikan dan garam. Biarkan merenih sehingga ikan masak dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

6 comments

  1. Lauk kegemaran saya tu... sedap dan mudah masak. :)

    ReplyDelete
  2. lau anak kuning better jgn taruh apa2 yg warna kuning termasuk kunyit/halia

    ReplyDelete
  3. singgan kegemaran suami Fidah...sedap dan simple je..Jemput join segmen Fidah Yer.
    http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/08/segmen-bloglist-afidah-azmi88-sept-oct.html

    ReplyDelete
  4. x berpantang pon cik en suka makan

    ReplyDelete
  5. Wahh tak tahu pula Eyda boleh makan singgang masa pantang 😂😂 Alahai..bestnya..bolehla buat lepas bersalin bulan10 nanti.Tq for the resepi cikgu ! 😊

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.