Educational Quotes
" Anybody out there who is a parent, if your kids want to paint their bedrooms, as a favor to me, let them do it. It'll be OK "
Credit : www.learningliftoff.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Berjuta Penonton Surprise Egg Di YouTube
Siapa pernah tengok video surprise egg di youtube sila angkat tangan !
Serius, video surprise egg antara video kegemaran Irfan. Dia boleh leka tengok berjam-jam video ni. Yang paling tak best siap boleh mintak CN belikan lagi benda ni. Pergh !
CN 'terpaksa' tengok video ni untuk temankan Irfan. Memang CN tak faham apa yang menariknya video ni. Hanya bukak telur Kinder Bueno tu dan tunjukkan hadiah di dalamnya. Puas juga CN mencari kepositifan di sebalik video ni, tapi buntu. Video ini hanya menggalakkan anak untuk membeli telur Kinder Bueno untuk mendapatkan hadiah yang cenonet.
Pada mulanya Irfan tidak tahu tentang video surprise egg ni. Encik Suami yang mulakan. Dia dan Irfan memang boleh leka tengok video ni. Alahai orang lelaki, macam-macam minat mereka ini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Penderaan Kanak-Kanak Berumur 3 Tahun
Pergh ! Gempaq kan tajuk "Blogger mendera anak!" ? Dah la semenjak dua menjak ni blogger banyak dikaitkan dengan penyebar fitnah la, isu politik dan macam-macam la, ini naik pula cerita blogger mendera anak.
Maafla, tiada cerita pun blogger mendera anak. Anak blogger mendera mamanya adalah ! Seronok dengar cerita Mommy Irra di'dera' anak-anaknya yang aktif tu.
Gambar bawah ni pulak tentang Irfan Hensem dengan kekreatifannya me'lukis' pehanya yang gebu tu dengan pen merah CN. Budak ni pantang kalau tengok CN menanda kertas exam, dia pun nak tolong. Jadi CN bagilah pen merah berserta beberapa kertas exam yang reject tu untuk dia me'nanda'.
Tapi...inilah hasilnya !! Siap bangga lagi tunjuk dekat CN dan cakap "Mama, antik (cantik) kan?"
Hmmm...memang cantik...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sekolah Ditutup Kerana Jerebu
Kali kedua sekolah ditutup ekoran jerebu pada tahun ini. Alahai, jenuhlah nak berganti 2 hari cuti ni.
Memang seksa jerebu ni. Hendak bernafas pun susah. Teringat lagi betapa bahagianya CN bernafas di kampung ketika cuti Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Balik jer ke Banting dari kampung, terus CN dan Encik Suami sakit tekak ekoran IPU yang tinggi. Terus berkurung di rumah tak bagi Irfan ke mana-mana.
Di musim jerebu ni, pastikan minum air kosong dengan banyak dan kurangkan aktiviti di luar rumah ye. Mudah-mudahan cepatlah hilang keadaan yang berjerebu ni. InsyaAllah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apakah rutin harian ibu mengandung?
Hah, inilah dia. Duk belek gambar baby comel. Salah seorang baby comel mestilah Irfan Hensem. Tengah mengandung si adik ni memang CN suka benor tengok gambar abangnya masa baby. Lagi-lagi video Irfan yang kelakar. Hilang rasa sakit bila tengok gelagat anak kan? Sekarang ni pun Irfan overdose manjanya pada CN. Yela, dia tahu bakal dapat adik, sebab tu nak manja puas-puas dengan mamanya. Yang paling tak larat boleh dia selalu minta didukung, alahai, sakit pinggang mak buyung ni dukung budak 13kg! Dugaan~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Nasi Ulam Ringkas
Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.
Nasi Ulam Ringkas
Bahan-bahan nasi ulam ringkas :
Semangkuk nasiUlaman yg dihiris halus secukupnya
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
Sebatang serai dihiris bahagian yang putih sahaja
2 ulas bawang kecil dimayang
1 sudu besar lada hitam
Segenggam ikan bilis digoreng tanpa minyak
2 sudu besar santan pekat dipanaskan sehingga pekat
Cara penyediaan nasi ulam ringkas:
Tumbuk halia, kunyit hidup, lengkuas, serai, ikan bilis dan lada hitam sehingga lumat. Kemudian, gabungkan bahan yang ditumbuk dengan nasi dan ulaman serta hirisan bawang. Hidangkan dan nikmati semasa masih segar.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Salam Aidil Adha buat pembaca blog www.cekgunorazimah.com. Entry ni khas update dari kampung. Alhamdulilah, CN n family kecik selamat sampai ke kampung halaman di Perak malam rabu. Tetapi nak dijadikan cerita, elok je sampai ke kampung baru CN teringat tentang baju raya CN dan Encik Suami yang elok tergantung di dalam bilik dan lupa dibawa masuk ke dalam kereta !! Mujur baju raya Irfan CN simpan siap2 dalam beg.
Waa..raya tanpa baju raya?? No !!
Rasa macam nak menangis mengenangkan kelalaian diri sendiri. Jadi apa lagi, semalam pulun ke Mydin Mall Parit Buntar mencari baju raya dengan alasan baju mengandung tidak dibeli lagi. Kira isu baju raya tiada di pagi raya sudah selesai! Mujurlah saiz badan CN ni memang tiada masalah mencari baju readymade. Alhamdulillah..
Tentang Encik Suami pulak, pakai kain pelekat dan baju raya ayah CN jela. Setle masalah....wee
~ Salam Aidil Adha dari Cikgu Norazimah ~
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Disini CN menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada penulisan CN ini mengguris hati pembaca blog www.cekgunorazimah.com.
Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memohon kemaafan dan menyucikan hati. Jika anda pulang ke beraya ke kampung, hati-hati di jalan raya ye. Ingatlah orang yang tersayang.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Persoalan yang kita sendiri sukar untuk menjawabnya.
Pisang emas yang dibawa belayar tu dah sampai ke mana?
Tersedak CN duk baca komen cikgu-cikgu ni. Memang sporting dan kreatif ! Pernah tak anda terfikir kemana pisang emas tu dibawa belayar? Ok gak idea ni untuk menjawab kemungkinan persoalan yang dasyat-dasyat dari pelajar sekarang ini. Almaklumlah, budak-budak sekarang makin cerdik. Cikgu pun kena lagi cerdik ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Educational Quotes
" Learning is a treasure that will follows its owner everywhere "
Credit : www.learningliftoff.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Ayam Masak Halia
Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.
Ayam Masak Halia
Bahan-bahan ayam masak halia :
Semangkuk isi ayam dipotong kepingan
Seinci halia dihiris memanjang
1/4 bawang kuning Holland dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
Sedikit hirisan cili merah
Seinci lobak putih
Seinci lobak merah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Garam
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Air
Minyak masak untuk menumis
Hirisan daun bawang dan daun sup
Cara memasak ayam masak halia :
Panaskan minyak masak dan tumis halia, bawang kuning, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan lobak putih dan lobak merah. Kacau sehingga ayam dan kesemua lobak hampir masak. Masukkan bancuhan tepung jagung biarkan merenih. Perasakan dengan lada hitam, garam dan sos tiram. Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang anda mahukan dan biarkan merenih seketika. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau seketika dan tuangkan ke dalam mangkuk hidangan.
Nikmati dengan nasi panas. Memang mengenyangkan dan menyelerakan. Selamat mencuba!!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Perbezaan Qurban & Aqiqah
Kadang kala kita sering tersilap antara ibadah qurban dan ibadah aqiqah. Disebabkan CN mendapat soalan taraf ustazah dari seorang pelajar berkenaan perbezaan antara ibadah qurban dan ibadah aqiqah, maka terhasil la entry ini hasil dari rujukan ke beberapa orang Ustazah bertauliah. Di harap dapat membantu pemahaman kita lagi berkenaan 2 jenis ibadah ini.
3 Perbezaan Ibadah Qurban & Ibadah Aqiqah
1. Ibadah Qurban sangat dituntut kepada orang yang menunaikan haji dan juga orang yang tidak menunaikan haji. Manakala ibadah Aqiqah pula adalah sangat dituntut kepada orang yang wajib memberi nafkah daripada hartanya kepada seseorang kanak-kanak.
2. Ibadah Qurban hanya sah dilakukan pada Hari Raya Haji iaitu pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik iaitu tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah tiap-tiap tahun. Manakala ibadah Aqiqah pula sah dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun
3. Ibadah Qurban dikaitkan dengan ibadah haji manakala ibadah Aqiqah pula dikaitkan dengan kelahiran anak.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti Sekolah
Yeah ! Cuti sekolah ! Seronok aih cuti sekolah ni ! Bestnyer ! Tapi jangan nakal2 yer masa cuti sekolah !
~ Entry seronok cuti sekolah dari Cikgu Norazimah ~
Jerebu & Tutup Aurat
Tersentak CN dengan statement dari cikgu sorang ni. Memang terbaik !! Tutup hidung dan tutup aurat. Kedua-duanya dilakukan untuk mengelakkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Apa kata anda?
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
SyriaCare Malaysia
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Hari Gaji
Alhamdulillah, inilah perkara yang paling menggembirakan bagi penjawat awam iaitu hari gaji. Bulan ini gaji masuk awal lagi sempena Hari Raya Aidil Adha. Ini yang paling sukar iaitu menguruskan kewangan bila gaji masuk awal. Disiplin itu penting. Kalau tak alamat menepek nak tunggu gaji masuk 25hb depan !
Syukur sangat CN ada part time job iaitu sebagai seorang blogger. Dapatlah duit buat beli susu anak dari SweetMuslimah tiap-tiap bulan selain advertorial job. Google Adsense pun baik hati juga. Tak sabar nak tunggu first payment. Jika dulu ada rakan-rakan yang mengutuk CN menjadi blogger, kini orang yang mengutuk itu diam tak terkata. Bersyukur CN dipertemukan rakan-rakan blogger yang sangat supportive walaupun tidak pernah bersua muka.
I LOVE YOU BLOGGER MALAYSIA !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak Dara Comel
Anak dara siapakah ini yang sungguh comel dan bambam? Rasa nak gigit je pipi si kecik ni kan? Nama si kecik ini adalah Aisyah iaitu bayi jagaan ibu CN. Ibu CN mengambil upah menjaga bayi di rumah. Sebelum ini jaga baby boy je, kali ini muncul la anak dara yang baru berumur 3 bulan bersama abangnya yang berumur 4 tahun. Si abang memang menjadi kawan sepermainan Irfan Hensem manakala anak dara comel ini menjadi mangsa kamera CN !!
Anak dara comel ni memang cerdik. Dah pandai ketawa bila di agah dan sangat manja ! Kadang-kadang Irfan sampai jeles bila CN asyik baring sebelah anak dara ni. Menyelitlah anak bujang CN tu ditengah-tengah...alahai anak~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
OST Mencintaimu - Setia by Faizal Tahir & Elizabeth Tan
Setiap hari CN memang tidak miss menonton drama Mencintaimu di TV3. Sudah tentu disebabkan oleh pelakon utamanya yang merupakan pelakon faveret CN iaitu Sharnaaz Ahmad ! Cerita ini memang best ditambah lagi lakonan bersahaja Sharnaaz memang best.
Lagu tema drama Mencintaimu ini pulak adalah nyanyian mantap Faizal Tahir dan Elizabeth Tan. Lagu nyanyian Faizal Tahir memang tidak mengecewakan. Serius lagu Setia ini memang sedap didengar disamping lirik lagu yang sweet.
LIRIK LAGU : SETIA (ELIZABETH TAN & FAIZAL TAHIR)
Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu?
Maafkan andai mengganggu lenamu
Andai pernah melukakan
Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara
Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya
Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu takkan mudah
Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia
Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu
Andai hatimu berubah
Pasti ku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani
Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya
Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu tak semudah
Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia
Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu
Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku
Biarpun apa saja
Ku percaya kau setia
Kau dan aku
Mengharap bahagia
Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu
Setiaku demi dirimu
Setiaku hanya padamu
Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem Yang Bambam
Mesti menyampah kan bila CN asyik puji anak sendiri?? Ala, mana2 mama di dunia pun akan menyatakan bahawa anak dia la yang paling comel di dunia !
Kenapa?
Yela, susah payah bersalin, mestila terharu dapat lahirkan anak yang comel hasil gabungan kromosom bersama suami, betul tak wahai para mama sekalian??
Gambar Irfan Hensem di atas ni ketika berumur 10 bulan. Bambam lagi masa ni. Anak dara bunga besar tu pula sepupu Irfan iaitu Aqila dan of course la bersama Opah tersayang.
Geram tengok Irfan dalam gambar ni sebab bambam sangat. CN ni memang tak boleh tengok budak kecik yang bambam, rasa nak gigit je!! Ahaks
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ingat ye anak-anak serta para ibu sekalian, jangan biarkan ayah atau suami anda bermain bersendirian !! Naya tau bila tersangkut macam dalam gambar bawah ni..kalau macam ni mau kena call bomba ! Ops !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem
Macam-macam ragam anak bujang CN sorang ni. Kali ni di tengah malam dia boleh dengan selamba ambil coklat kitkat dalam peti ais dan bawak naik ke bilik sambil layan cerita Upin&Ipin di lappy kesayangan CN !!
Apa alasan dia??
"Irfan lapa mama..."
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Peperiksaan Percubaan SPM 2015
Peperiksaan percubaan SPM 2015 di SMKTPG baru sahaja berakhir. Kertas CN iaitu matapelajaran ICT diambil oleh 27 orang calon. Jadi Sabtu yang indah ini merupakan masa yang sesuai untuk menanda kertas exam ni. Harap-harap dapatlah setle hari ini, tengok gaya pelajar yang menjawab macam senang je nak tanda. Yela, banyak jawapan kosong !!
Alahai pelajar ku..geram je rasa bila tengok kertas jawapan kosong. CN dah pesan banyak kali, untuk subjek ICT, kalau tak baca buku memang tidak boleh skor ! ICT ni macam sejarah juga, banyak term yang perlu dihafal.
Baikkanlah mood CN untuk menanda kertas pelajar ni. No more marah-marah~~~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kehamilan Tanpa Janin
Kehamilan Tanpa Janin ataupun Blighted Ovum terjadi apabila persenyawaan antara sperma dan ovum telah berlaku namun embrio terbentuk gagal berkembang menjadi janin.
Jika dalam budaya Melayu biasanya disebut bayi 'hilang' dalam kandungan sedangkan pada awalnya memang tiada bayi walhal hormon b-hCG tetap dikeluarkan, ujian UPT menjadi positif tetapi kehamilan berakhir dengan keguguran. Ia dikaitkan dengan hormon tidak seimbang.
Memang menakutkan, tetapi itulah kepentingan ujian ultrasound diawal kehamilan untuk menentukan 'kewujudan' bayi di dalam kandungan.
Berikut merupakan tanda-tanda kehamilan tanpa janin :
1. Walaupun mengalami Brighted Ovum, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda kehamilan, misalnya tidak datang bulan dan ujian UPT positif
2. Kemudian anda akan mengalami tanda-tanda keguguran seperti kejang perut (seperti senggugut), pendarahan faraj dan haid yang lebih banyak dari biasa
3. Janin tidak berkembang apabila anda tidak merasakan adanya gerakan janin. Meskipun janin tidak berkembang terjadi kehamilan trimester pertama, ia tidak menutup kemungkinan terjadinya trimester kedua dan ketiga
4. Hilang alahan. Jika janin tidak berkembang anda tidak lagi mengalami mual dan muntah selama tempoh kehamilan minggu pertama
5. Namun tidak semua pendarahan pada trimester pertama berakhir dengan keguguran. Ada juga kes di mana doktor akan menasihatkan untuk datang selepas dua hingga tiga minggu dan menggunakan kaedah transvaginal (vaginal scan) dan ada sesetengah kes di mana janin dapat dikesan baru berkembang. Banyakkan berdoa dan pengambilan suplemen serta makan berkhasiat adalah perkara yang baik.
Sumber : Majalah Wanita Januari 2015
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Doa Amalan Wanita Hamil
Pelbagai doa dan amalan baik yang boleh dilakukan oleh wanita hamil. Kali ini CN berkongsi video doa ibu hamil dari Youtube.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Video Bayi Berzikir
Alahai, comelnya si kecil ni ikut gaya berzikir. Masa mengandungkan Irfan pun CN suka tengok video ni. Sangat comel ! Si kecil ni memang akan mengikut apa yang diperhatikan di sekelilingnya. Macam Irfan dah boleh hafal step sembahyang sebab CN selalu ajak dia sembahyang sama-sama. InsyaAllah si kecil ni mudah menerima pengajaran, kesabaran tu yang penting. Kan2?
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Resepi Bawal Stim Lada Hitam
Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.
Bawal Stim Lada Hitam
Bahan-bahan bawal stim lada hitam :
Ikan bawal - seekor dan dikelar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Garam
Setengah inci halia dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Sedikit hirisan bawang kuning Holland
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
Cara memasak bawal stim lada hitam:
Gaulkan semua bahan dan lumurkan ikan.dengan bahan-bahan. Masukkan bahan-bahan ke dalam bekas untuk mengukus. Kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Avokado Untuk Wanita Hamil
Avokado merupakan buah yang bebas kolestrol, mempunyai kandungan sodium, vitamin & mineral termasuk folat, potasium & lemak yang sihat untuk jantung. Disebabkan kandungan pelbagai mineral dalam buah ini, disarankan supaya wanita hamil mengambil hidangan ini sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam tempoh kehamilan. Dah makan lebih pun takper. Lagi2 sedap jika dibuat jus. Perghh !
Berikut merupakan kelebihan mineral dalam avokado untuk wanita hamil :
1. Kandungan FOLAT yang jauh lebih banyak daripada buah2 lain
: Penting untuk wanita hamil dari segi kesihatan sel & tisu janin terutamanya ketika janin sedang membesar
2. Kandungan POTASIUM yang tinggi
: Dapat mengimbangi elektrolit tubuh badan yang sememangnya penting ketika tahap jumlah darah wanita hamil yang mengandung meningkat kepada 50%
3. Kandungan Vitamin B6
: Meningkatkan sistem imun dan membantu meningkatkan kadar metabolisme badan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pesawat British Airways Terbakar
LAS VEGAS: Sebuah pesawat British Airways terbakar di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran, di Las Vegas sejurus sebelum berlepas hari ini. Pesawat dilaporkan membawa 159 penumpang dan 13 kru. Dua di antara penumpang dibawa keluar untuk menjalani rawatan kerana kecederaan ringan, lapor AFP yang memetik kenyataan pada akaun Twitter lapangan terbang berkenaan. Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS berkata kebakaran berlaku pada enjin kiri pesawat. Pesawat B777-200 itu dijadual menuju ke Lapangan Terbang Gatwick di London. - AFP
p/s : Memang menakutkan bila kemalangan melibatkan kapal terbang ni.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lama tak dating berdua dengan Abang Hensem @ Encik Suami ni. Kali ini lunch di The Chaiwala Banting, memang sedap menu di situ.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Educational Quotes
" We never know the love of a parent till we become parent ourselves "
Credit : www.learningliftoff.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
#SehatiSejiwa
Alhamdulillah, sempena dengan Sambutan Kemerdekaan Peringkat SMKTPG 2015, kelas 3P iaitu kelas CN telah memenangi Anugerah Khas : Sehati Sejiwa sempena semangat 1Malaysia dalam menghias kelas. Semakin bersemangat pelajar CN yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar yang gagal dalam semua matapelajaran. Walaupun mereka lemah dalam akademik, tapi semangat setiakawan mereka harus dipuji. Melayu, cina dan india bersama-sama #SehatiSejiwa menghias kelas sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-58.
Antara hiasan kelas dan lukisan mural oleh pelajar kelas 3P
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~