Drama Keluarga Pontimau memang best !

Keluarga Pontimau TV3

Drama slot Aksi terbaru di TV3 iaitu Keluarga Pontimau disiarkan di TV3 setiap hari selasa jam 10 malam. Drama baru yang membuatkan CN tertunggu-tunggu depan TV setiap hari selasa ini memang best. Malam ini merupakan episod kedua drama tersebut. Tarikan utama adalah tajuk yang unik selain pelakon hensem lagi sado iaitu Keith Foo ! Hehe


keluarga pontimau, drama keluarga pontimau, sinopsis drama pontimau

JUDUL : KELUARGA PONTIMAU

EPISOD : 13 Episod
TARIKH / MASA : 6 Oktober 2015 (Selasa, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Aksi TV3
SKRIP: Ashraff Zain dan Sharmaine
PENGARAH : Khabir Bhatia dan Nurhanisham (Labu)
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd


WATAK PELAKON KELUARGA PONTIMAU

Keith Foo sebagai Eddy (Harimau Jadian)
Marsha Milan sebagai Elvira (Pontianak)
Sean Lee sebagai Joe
Amelia Henderson sebagai Sabrina
Esma Daniel sebagai Jabar
Yasmin Hani sebagai Julia
Lee Yvonne sebagai Hilda
Dazrin Kamaruddin sebagai Rayyan

keluarga pontimau, drama keluarga pontimau, sinopsis drama pontimau

SINOPSIS KELUARGA PONTIMAU


Rayyan (Dazrin Kamaruddin), seorang penulis novel fiksyen yang baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk memulakan novel fiksyen terbarunya. Rayyan mengalami kesukaran untuk menulis dan mengalami writer’s block. Pada suatu hari, Rayyan sedang minum secawan kopi sambil memerhati tingkah laku jiran-jirannya. Pergaduhan satu keluarga telah menarik perhatiannya. Mula timbul satu idea untuk menggabungkan watak Pontianak dan Harimau Jadian. Pelik tetapi sememangnya Rayyan gemar dengan kelainan yang dapat menjadikan jalan cerita novelnya itu lebih menarik. Lalu Rayyan memulakan penulisan mengenai “Keluarga Pontimau” yang turut menerapkan nilai-nilai murni yang dapat Rayyan perolehi menerusi pemerhatian di kawasan kejirannya itu.
Keluarga Pontimau adalah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.

Berlainan pula dengan isterinya, Elvira (Marsha Milan) seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.

Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lee) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.

Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina (Amelia Henderson). Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma. Dan anak bongsu mereka Baby George yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar? 

Sumber : SINI

keluarga pontimau, drama keluarga pontimau, sinopsis drama pontimau

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
13 October 2015 at 11:41 ×

ahahahah ok lawak la pulak..
tapi xdok tv nak tengok..

Reply
avatar
13 October 2015 at 12:48 ×

TV3 eh... tak tengok lagi. Seram ke??

Reply
avatar
13 October 2015 at 17:06 ×

Tak pernah tengok pulak

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon