Macam-macam ada di Perpustakaan Tun Raja Uda

Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam

Dalam entry jalan-jalan ke Karangkraf , CN ada bercerita tentang lawatan Pengawas Pusat Sumber SMKTPG ke Shah Alam. Cuma 2 destinasi menjadi pilihan iaitu Kompleks Karangkraf & Perpustakaan Tun Raja Uda

Okay, dari pagi sampai ke tengahhari kami berada di Komplek Karangkraf, kemudian terus bergerak ke Perpustakaan Tun Raja Uda. Disini kami solat zohor dan terus meronda-ronda bersama-sama pegawai incharge (harap maaf CN lupa namanya..hehe). 

cerita cikgu, perpustakaan tun raja uda

Ini kali pertama CN menjejakkan kaki kesini. Sangat kagum kerana bangunannya yang besar dan lengkap serta di lengkapi dengan karpet. Jadi pengunjung mesti membuka kasut. Jangan risau akan kasut anda kerana beg kasut disediakan. Jadi anda boleh mengunsung beg kasut anda ke mana-mana saja anda pergi. 

cerita cikgu, perpustakaan tun raja uda
Gambar atas : Setiap tingkat mempunyai tema dan warna karpet yang berbeza
Gambar bawah : Ketika taklimat oleh pegawai incharge


Paling mengujakan adalah terdapat tayangan 4D dengan bayaran RM10. Kemain eksited CN nak tengok cerita 4D ni, tetapi ibu mengandung dilarang sama sekali ! Waa..kecewa sudah..

Ok, tolak tepi soal kecewa. CN nak highlight kan disini terdapat bahagian kanak-kanak yang sangat mengujakan. Disini anda boleh bersantai bersama-sama anak membaca buku dan bermain. Paling menarik adalah deco pokok besar yang menjadi sasaran kami untuk bergambar seperti gambar di bawah. Disebabkan disini adalah bahagian kanak-kanak, jadi nak bising pun tak apa ! Weeee

cerita cikgu, perpustakaan tun raja uda

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
anajingga
admin
12 October 2015 at 17:18 ×

kedai buku dan perpustakaan antara tempat yang paling kak ana suka kunjungi CN ,nak-nak hat besar macam ni, mahu dua jam tak sedar duk sini kan :)

Reply
avatar
13 October 2015 at 06:32 ×

Suka tngok gmbr CN yang first tu. Makin mengebu plak seri mama pregy.

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon