Resepi Daging Bakar & Sambal Pedas Berasap

Resepi Daging Bakar

Tekak ibu mengandung 16 minggu ini tiba-tiba teringin nak makan daging bakar. Kebetulan daging korban hari itu masih ada lagi. Jadi lajulah tangan ini memasak daging bakar bersama sambal pencicah yang pedas berasap. CN saja buat pedas-pedas supaya tahan lama untuk makan malam sekali, sekali masa lunch dah habis daaa. 

Untuk daging bakar pula, CN saja perap sekali banyak. Nanti senang bila nak masak lagi dah ada daging perap. Daging perap ni, lagi lama diperap lagi sedap tau ! Ok, jom cuba resepi mudah dari CN ini. 
resepi, daging bakar, daging bakar sedap, daging bakar mudah

Resepi Daging Bakar Sedap & Sambal Pencicah Pedas Berasap


Bahan-bahan Daging Bakar


1. Bawang putih 3-4 ulas - dicincang halus
2. Serai 2 batang - dipotong dan ditumbuk sedikit
3. Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
4. Sos tiram 1 sudu
5. Sedikit lada hitam
6. Sedikit garam 
7. Beberapa ketul daging saiz sederhana


resepi, daging bakar, daging bakar sedap, daging bakar mudah


Cara-caranya :

1. Letakkan daging didalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging
2. Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam. 
3. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging
4. Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam. 
5. Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut di dalam kuali non stik. CN guna kuali ajaib je, sangat mudah. 
6. Agak-agak daging sudah masak dan lembut, potong nipis dan dihidangkan bersama sambal pencicah.

resepi, daging bakar, daging bakar sedap, daging bakar mudah


Bahan-bahan Sambal Pencicah Pedas Berasap


1. Cili padi segenggam tangan anda. Bergantung kepada tahap kepedasan yang anda mahu. Kalau CN lagi pedas lagi best !
2. Bawang putih 2 ulas 
3. Bawang merah 7-8 ulas
4. Limau kasturi 3-4 biji (ikut citarasa memasing)
5. Sedikit belacan
6. Gula
7. Garam

Cara-caranya :

1. Belacan, cili padi, bawang putih dan bawang merah digoreng tanpa minyak di dalam kuali
2. Tumbuk bahan-bahan yang digoreng tadi di dalam lesung batu sehigga lumat. 
3. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. 
4. Perahkan limau kasturi ke dalam mangkuk tersebut bersama sedikit garam dan gula. Ikut citarasa anda. Nak masam sedikit lebihkan limau kasturi. 
5. Bolehlah dihidangkan bersama daging bakar tadi. Memang terangkat !

resepi, daging bakar, daging bakar sedap, daging bakar mudah





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

6 comments

Click here for comments
18 October 2015 at 12:17 ×

CN.. nape ni goda goda iteew ngan makanan ni ahaha..

Reply
avatar
Amanda Suria
admin
19 October 2015 at 12:09 ×

Terliur SA la CN oiiii....sedapnya.....nak buat la nanti...

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon