Resepi Churros Yang Mudah & Sedap

December 12, 2015

Resepi Churros


Menjadi trend di fb rakan-rakan CN duk upload gambar churros buatan sendiri. Ingat susah sangat buatnya, rupanya sangat mudah. Ok, cuti-cuti ni memang best bila buat projek masak-masak dan semestinya tukang makan adalah anak bujang yang hensem, kacak dan bergaya yang tidak memilih makanan si Irfan Hensem. 

Irfan ni pencinta coklat. Jadi kita makan churros ni cicah coklat, pergh, heaven !


resepi churros, churros sedap, churros mudah

Gambar google sebab CN tak sempat ambil gambar...hehe

Bahan-Bahan Membuat Churros


1 cawan air*
1 sdb minyak masak*
1 sdb gula*
1/ 2 sdt garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A

Cara-Cara Membuat Churros



1. Satukan bahan bertanda* dlm periuk dan masak hingga mendidih

2. Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan tepung gandum. Kacau sebati dan tutup api.

3. Masukkan telur, kacau sebati dan jika masih ketul2 mixer sekejap bg sebati jer.

4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Masukkan adunan dlm piping bag atau guna acuan semperit atau noozle bintang dan pipekan adunan dlm minyak. Masak hingga kekuning2an dan angkat serta toskan minyak

5. Salut churros dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis atau cicah dengan coklat cair. 

Selamat Mencuba Resepi Churros Yang Mudah & Sedap Ini Ye



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Ni macam murukku ke?? tak pernah rasa lagi..huhu

    ReplyDelete
  2. Wah...mudah sangat resipinya tu CN..bole la Nurul try nanti.. Terimakasih 😃

    ReplyDelete
  3. wah...senangnya resepi ni..nnt nak try la :):)

    jom melawat blog hana jgk :) :)

    http://healthandlovekids.blogspot.my/

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.