15 Perkara JANGAN Dibuat Untuk Tahun 2016

February 01, 2016

15 Tips Kewangan


Tahun 2016 adalah tahun yang mencabar dengan segala benda perlu cukai, harga barang naik dan kegawatan ekonomi yang masih belum pulih. 

gawat, tips kewangan, kegawatan ekonomi

JANGAT buat perkara di bawah ini jika anda tidak mahu diri merana : 

1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'
2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.
3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.
4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.
5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.
6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.
7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.
8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.
9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.
10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.
11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.
12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.
13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.
14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.
15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada...
Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. pergh!!! nice sharing CN! tergelak rasa baca semua 'Jangan' nih...tp ada benarnya juga ya...

    ReplyDelete
  2. Bagus tu tips pn norazimah..sy setuju...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.