Geram je rasa bila lihat Irfan buang sebarang jenis sayur dalam pinggan dia walaupun secubit daun sup ! Boleh tengah makan, bila dia rasa je benda selain dari nasi dan lauk, pasti dia akan luahkan balik. Dah la sayur tak nak makan, buah pun dia tak suka bila dah besar ni. Dulu masa setahun lebih, faveret Irfan adalah buah tembikai. Tapi sekarang, bukan sahaja buah tembikai, air tembikai pun dia taknak tau. Memang pada mulanya, stress CN bila anak bujang sorang ni tak suka makan sayur dan buah. Mujur CN jumpa penyelesaian kepada masalah anak tak suka makan sayur dan buah ni.
Pernah dengar tentang VG Kids?
Irfan bajet model VG Kids |
VG Kids merupakan jus yang mengandungi pelbagai jenis sayur dan buah-buahan yang diolah menjadi 1 dengan rasa yang sedap. Irfan sendiri tidak sedar yang dia tengah minum jus sayur, siap cakap "sedap mama, manis!".
VG Kids : 'Jus sayur' yang sedap |
Atasi Masalah Anak Tak Suka Makan Sayur & Buah Dengan VG Kids
- Apa yang menariknya VG Kids ni, ia dalam bentuk cecair (jus). Terus diminum tak perlu dibancuh. Jimat masa.
- Rasanya yang sedap ! Irfan tak tahu pun dia tengah minum 'jus sayur' gituw, padan muka ! Hahaha
- Berbaloi dimiliki kerana jus yang pekat dengan isipadu 400 ml serta pada harga mampu milik.
- Sudah tentu VG Kids ini kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan badan dan kecerdasan minda kerana kandungannya yang 'kaya' dengan pelbagai jenis sayur dan buah.
- Bukan sahaja berkhasiat, VG Kids ini juga selamat kerana dibuat dengan bahan-bahan semulajadi keluaran bumiputera serta halal.
- Bukan sahaja untuk kanak-kanak, mama, papa, atuk, nenek semua boleh minum jus VG Kids ini tau. Sesuai untuk semua lapisan umur gituw
Berminat untuk mencuba VG Kids untuk anak anda?
Harga : RM49 sebotol tidak termasuk postage
Untuk keterangan lanjut tentang VG Kids, layari :
Laman web : http://vgkids.com.my/
Facebook : VG Kids - Jus Sayur Untuk Anak
Instagram : @nurulvgkids
Tamat sudah tempoh masa yang diberi untuk menyelesaikan tugasan Kajian Kes untuk Geografi PT3 2016. CN mengucapkan semoga calon PT3 beroleh markah yang terbaik setelah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak pernah jemu berkunjung ke blog CN untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan PT3 Geografi 2016. Kini tibalah masa untuk CN dan rakan-rakan guru Geografi seluruh Malaysia untuk mentaksir hasil kajian kes calon PT3 Geografi 2016. Doakan kami guru-guru Geografi sentiasa bersemangat untuk menanda folio-folio ini.
PT3 Geografi 2016 :
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sejak ada periuk ajaib Noxxa ni, mood memasak CN semakin menjadi-jadi. Ada je idea nak masak apa guna periuk Noxxa ni tau. Kali ini CN cuba pulak resepi kek marble Noxxa. Jika sebelum ni, CN pernah buat kek marble minyak kukus, menggunakan resepi yang sama, CN cuba kaedah lain dengan menggunakan periuk Noxxa. Lagi gebu & mengancam tau. Cubalah ! Senang sangat. Sekejab je dah siap.
Resepi Kek Marble Noxxa
Bahan-bahan membuat kek marble Noxxa
4 biji telur gred A
1 cwn gula halus/gula castor (x suka manis kurangkan 3/4 cwn)
1/2 sudu besar ovalette
3/4 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1 sudu esen vanilla
secubit garam
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara membuat kek marble Noxxa
1. Pukul telur ,gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dlm 5-10 minit. Nak guna blender je pun boleh tau.
2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum ,garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yg diayak.
2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum ,garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yg diayak.
3. Adunan dah kembang tadi masukkan susu pekat dengan mixer speed perlahan. Kemudian, masukkan pula esen vanilla dan minyak.
4. Masuk bahan diayak sikit-sikit. Step ni jgn pukul lama sangat. Tutup mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik.
5. Pastu asingkan adunan kepada dua bahagian, warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko dan kacau rata.
6. Sapu minyak pada inner pot. Ambik senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko dan diulang sampai habis.
7. Corakkan pakai pisau macam CN buat ni. Cantik kan?
8. Tekan butang 'STEAM' 25 minit dan halakan tombol pada steam. Semasa tempoh memasak ni memang akan keluar bunyi bising, jangan risau, itu normal ye.
9. Setelah masak, biarkan sejuk dulu dan barulah dikeluarkan.
10. Tara ! Dah siap kek marble minyak yang gebu !
Kek Marble Noxxa |
8. Tekan butang 'STEAM' 25 minit dan halakan tombol pada steam. Semasa tempoh memasak ni memang akan keluar bunyi bising, jangan risau, itu normal ye.
9. Setelah masak, biarkan sejuk dulu dan barulah dikeluarkan.
10. Tara ! Dah siap kek marble minyak yang gebu !
p/s : Kalau nak kukus tambah 1 sudu kecil baking soda dan kukus 40-45 minit. Balut tudung kukus atau tutup loyang dengan plastik untuk elak air kukusan masuk ke dalam kek
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Masalah perut buncit sering menghantui CN. Memang stress tengok perut yang buncit ni. Irfan pun saja je cakap "Mama gemok!". Panas hati tau ! Kali ini CN cuba pulak produk yang dikatakan berkesan untuk atasi masalah perut buncit iaitu Zinnia Inner Cleanse. Banyak testimoni yang mengatakan Zinnia Inner Cleanse ini mampu atasi masalah perut buncit, sembelit, edema, kembung perut, malah obesiti pun boleh tau.
Apa yang menarik, Zinnia Inner Cleanse adalah produk organik. Ianya selamat untuk ibu menyusukan bayi. Setakat 3 hari CN cuba produk ini, memang tidak mendatangkan masalah kepada Baby Dhia. Almaklumlah, CN kan menyusukan si kecik ni, perlu jaga-jaga soal pemakanan.
Zinnia Inner Cleanse |
Bagaimanakah Zinnia Inner Cleanse membantu atasi masalah perut buncit?
- Ia bukan serat mahupun julap, tetapi Zinnia Inner Cleanse adalah produk kesihatan yang diperbuat daripada herba semulajadi untuk mengatasi masalah sembelit dan membuang 99% najis
- Sangat sesuai untuk penggunaan jangka panjang
- Berkesan seawal 8 jam
- Dalam bentuk kapsul, tidak perlu sebarang penyediaan
- Boleh dimakan oleh pengidap diabetis dan darah tinggi
- Tidak konflik jika anda mengambil bersama produk kesihatan yang lain
- Kandungan kapsul 35 biji (tahan untuk 35 hari)
Zinnia Inner Cleanse |
PROMOSI untuk pembaca www.cekgunorazimah.com
Jika anda berminat untuk mencuba Zinnia Inner Cleanse, disini CN sertakan PROMO KOD untuk mendapatkan harga murah khas buat pembaca blog CN yang tersayang.
Hanya taip kod dibawah semasa membuat pembelian.
VTB002
Voucher code ini sah dari 25 Julai 2016 sehingga 30 Ogos 2016.
Promosi Zinnia Inner Cleanse |
Berminat untuk mencuba Zinnia Inner Cleanse?
Hubungi :
Wawa : 019-6744557
Facebook : VTOX@Zinnia Global S/B
Website : wms.vtox2u.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Terdapat pelbagai jenama lampin pakai buang di pasaran. Antara jenama terbaru dari Jepun yang baru menembusi pasaran Malaysia adalah GOO.N. Lampin pakai buang GOO.N boleh dibeli dengan harga murah di Lazada. Free postage gituw, memang berbaloi ! CN baru cuba jenama GOO.N ni pada baby Dhia, setakat ini ok sebab materialnya lembut dan tidak mudah bocor.
Lampin pakai buang jenama GOO.N |
Berbanding dengan jenama X yang CN gunakan untuk baby Dhia, material lampin pakai buang GOO.N lebih lembut tetapi tahan bocor. Kira kalau lepas mandi petang tu, sampai esok pagi tak tukar pun tak apa. Montot baby ok je tak merah tau.
Lampin pakai buang jenama GOO.N |
Hah ! Lazada kini mengadakan jualan hebat Big Baby Fair dengan diskaun sehingga 80% !! Anda boleh dapatkan lampin pakai buang GOO.N dengan tawaran harga yang hebat. Cepat-cepat ! Tawaran ini bermula dari 27 sehingga 31 Julai tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapalah subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) atau omputihnya ICT tanpa akronim. Sebagai cikgu ICT yang baik hati dan sayangkan pelajarnya, kali ini CN ingin berkongsi tentang akronim di dalam matapelajaran ICT untuk tingkatan 4 dan 5. Manalah tahu tiba-tiba keluar soklan SPM 2016 tentang akronim pulak, hah ! Kan senang dah hafal siap-siap.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.
Akronim untuk TMK SPM
1.0 Teknologi Maklumat & Komunikasi & Masyarakat
TMK : Teknologi Maklumat & Komunikasi
2.0 Sistem Komputer
ALU : Unit Aritmetik Logik
CD : Compact Disc
CD-R : Compact Disc Recordable
CD-RW : Compact Disc ReWritable
CPU : Central Processing Unit / Unit Pemprosesan Pusat
DVD : Digital Versatile Disc
GB : Gigabait
GHz: Gigahertz
KB : Kilobait
MB : Megabait
MHz : Megahertz
OS : Operating System
RAM : Random Access Memory
ROM : Read Only Memory
TB : Terabait
VGA : Video Graphics Array
CD : Compact Disc
CD-R : Compact Disc Recordable
CD-RW : Compact Disc ReWritable
CPU : Central Processing Unit / Unit Pemprosesan Pusat
DVD : Digital Versatile Disc
GB : Gigabait
GHz: Gigahertz
KB : Kilobait
MB : Megabait
MHz : Megahertz
OS : Operating System
RAM : Random Access Memory
ROM : Read Only Memory
TB : Terabait
VGA : Video Graphics Array
3.0 Komunikasi & Rankaian Komputer
LAN : Local Area Network / Rangkaian Kawasan Setempat
MAN : Metropolitan Area Network / Rangkaian Kawasan Metropolitan
NIC : Network Interface Card
PAN : Personal Area Network
STP : Shielded Twisted Pair
TCP/IP : Transmission Control Protocol/Internet Protocol
UTP : Unshielded twisted pair
VOIP : Voice over IP
VPN : Virtual Private Network
NIC : Network Interface Card
PAN : Personal Area Network
STP : Shielded Twisted Pair
TCP/IP : Transmission Control Protocol/Internet Protocol
UTP : Unshielded twisted pair
VOIP : Voice over IP
VPN : Virtual Private Network
WAN : Wide Area Network / Rangkaian Kawasan Luas
WIMAX : Worldwide Interoperability for Microwave Access
WLAN : Wireless Local Area Network
WIMAX : Worldwide Interoperability for Microwave Access
WLAN : Wireless Local Area Network
4.0 Multimedia
.aif : Audio Interchange File Format
.au : Audio
.avi : Audio Video Interleave
.bmp : Bitmap
.doc : Microsoft Word Document
.gif : Graphical Interchange Format
.jpg : Joint Photographic Expert Group
.midi : Musical Instrument Digital Interface
.mov : Quick Time
.mpeg : Motion Picture Expert Group
.png : Portable Network Graphics
.psd : Photoshop Document
.rtf : Rich Text Format
.swf : Flash & Shockwave
.swi : Animation Swish Format
.tiff : Tagged Image File Format
.txt : ASCII
.au : Audio
.avi : Audio Video Interleave
.bmp : Bitmap
.doc : Microsoft Word Document
.gif : Graphical Interchange Format
.jpg : Joint Photographic Expert Group
.midi : Musical Instrument Digital Interface
.mov : Quick Time
.mpeg : Motion Picture Expert Group
.png : Portable Network Graphics
.psd : Photoshop Document
.rtf : Rich Text Format
.swf : Flash & Shockwave
.swi : Animation Swish Format
.tiff : Tagged Image File Format
.txt : ASCII
.wav : Waveform
.wma : Window Media Audio
.wmw : Window Media Video
HTML : Hypertext Markup Language
WYCIWYG : What You See Is What You Get
.wma : Window Media Audio
.wmw : Window Media Video
HTML : Hypertext Markup Language
WYCIWYG : What You See Is What You Get
5.0 Pengaturcaraan
OpenGL : Open Graphics Library /Pustaka Grafik Terbuka
VB : Visual Basic
6.0 Sistem Maklumat
DBMS : Database Management System/Sistem Pengurusan Pangkalan Data
DSS : Decision Support System/Sistem Sokongan Pengurusan
EIS : Executive Information System/Sistem Maklumat Eksekutif
ES : Expert System / Sistem Pakar
MIS : Management Information System/Sistem Maklumat Pengurusan
TPS : Transaction Prosess System/Sistem Pemprosesan Urus Niaga
EIS : Executive Information System/Sistem Maklumat Eksekutif
ES : Expert System / Sistem Pakar
MIS : Management Information System/Sistem Maklumat Pengurusan
TPS : Transaction Prosess System/Sistem Pemprosesan Urus Niaga
p/s : Kalau ada tambahan tolong komen sikit ye, terima kasih.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu.
Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu."
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Jika 2015, CN beraya dengan morning sickness nya, 2016 ini pulak CN beraya bersama anak dara bambam si Dhia Zahra. Alhamdulillah, kehadiran Dhia Zahra dalam keluarga kecil kami melengkapkan lagi title CN sebagai ibu kepada 2 anak. Seronok bila ada anak dara ni, macam-macam fesyen baju ada sampaikan CN terlupa untuk belikan seluar jeans untuk si kecik ni, semuanya skirt & gown tau ! Hover betul ! Hehehehe
Ok, layankan jela beberapa keping gambo raya 2016 bersama kehadiran Dhia Zahra dalam keluarga kecil kami.
Raya 2016 |
Raya 2016 |
Raya 2016 |
Raya 2016 |
Raya 2016 |
Raya 2016 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kelakar pulak bila tengok gambar animasi generate automatik oleh Google+ jika anda upload gambo ke Google Drive. CN memang suka backup gambar di Google Drive sebab banyak kali gambo di henfon hilang. Sedey tau..pernah dulu simpan gambo di lappy dan lappy lak hilang! The best solution adalah backup gambo di 'awan' seperti di Google Drive, Cloud dan media sosial yang lain.
Dhia Zahra |
|
|
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Akhirnya CN terjebak juga dengan periuk Noxxa! Alhamdulillah, wishlist tahun 2016 untuk memiliki periuk ajaib Noxxa tercapai juga. Mahal tau, ketaq tangan nak bayar periuk ajaib ni! Ok, masakan pertama CN guna periuk Noxxa ni adalah nasi goreng Noxxa. Sangat simple tak sampai 10 minit siap nasi goreng Noxxa ni.
Meh CN share cara buat nasi goreng cili padi dengan menggunakan periuk Noxxa.
Nasi goreng Noxxa yang terlebih air sebab first time katakan ;) |
Bahan-bahan nasi goreng Noxxa
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
5 biji cili padi (nak pedas boleh letak lebih)
Secubit garam
Beras di basuh dan ditoskan
Air ikut sukatan beras
Cara-cara membuat nasi goreng Noxxa
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi
2. Tekan mode 'STIR FRY' & ON
3. Masukkan minyak masak sedikit dan bila panas, masukkan ikan bilis. Tumis hingga garing. Bila dah garing, angkat dan asingkan.
4. Masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan beras dan air serta garam secukup rasa.
6. Off mode STIR FRY dan tutup ketat penutup periuk Noxxa tu. (Jangan tutup penutup periuk semasa mode STIR FRY ye)
7. Tukar kepada mode 'HIGH PRESSURE' dan set kepada 7 minit.
8. Selepas masak, masukkan ikan bilis tadi. Tadaa ! Dah siap nasi goreng Noxxa!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Permohonan Online Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2016/2017 kini dibuka. Untuk calon SPM 2016 yang berminat boleh lah memohon secara online Program Matrikulasi KPM bermula 1 Julai 2016 hingga 30 November 2016. Permohonan online Program Matrikulasi ini boleh dilakukan dengan melayari laman web ini :
Aplikasi Permohonan Melalui Internet Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Semoga berjaya buat calon-calon yang memohon ke Program Matrikulasi Sesi 2016/2017 ini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Soalan PT3 Geografi 2016 kali ini adalah berkenaan dengan topik Sistem Pengangkutan Tingkatan 2. Berbeza dengan kerja kursus PMR sebelum ini yang kurang menerapkan konsep kemahiran berfikir aras tinggi (kbat), PT3 mewajibkan pelajar membuat kajian kes dan menerapkan elemen kbat. Oleh itu, dalam borang soal selidik mestilah menerapkan elemen kbat yang dapat membantu pelajar untuk membina jadual dan graf yang bersesuaian. Berikut merupakan contoh borang soal selidik sebagai rujukan pelajar.
Borang Soal Selidik
Borang Soal Selidik 2016
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Soalan PT3 Geografi 2016 kali ini adalah berkenaan dengan topik Sistem Pengangkutan Tingkatan 2. Pelajar dikehendaki untuk mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian. Pelajar perlu memberikan pendapat untuk cadangan penambahbaikan secara kreatif dan kritis serta rasional untuk memperoleh markah penuh iaitu 20 markah.
Cadangan Penambahbaikan
1. Penguatkuasaan undang-undang
2. Penggunaan V1 Fuel Booster untuk kenderaan : SUMBER
3. Penggunaan teknologi penurapan jalan raya dari German : Polymer Modified Asphaltic Concrete (PMA)
4. Kursus pemanduan berhemah : SUMBER
5. Pasang tali pinggang keledar untuk kenderaan awam
6. Penguatkuasaan sistem KEJARA : SUMBER
7. Penggunaan bas elektrik : SUMBER
8. Penggunaan petrol tanpa plumbum
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Soalan PT3 Geografi 2016 kali ini adalah berkenaan dengan topik Sistem Pengangkutan Tingkatan 2. Pelajar dikehendaki untuk mengenalpasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian. Pelajar perlu menghuraikan tiga atau lebih masalah pengangkutan yang relevan dan tepat untuk memperoleh markah penuh iaitu 20 markah.
Masalah Pengangkutan Yang Dihadapi
1. Pengeluaran asap hitam dari kenderaan/Pencemaran udara
2. Kesesakan lalu lintas
3. Struktur jalan raya yang teruk
4. Jadual perjalanan bas awam tidak tepat
5. Keselamatan penumpang terancam
6. Pencemaran bunyi
7. Pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya
8. Tiada lampu jalan
9. Kerosakan lampu isyarat
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Perempuan ni bila meningkatnya usia maka berkurangnya collagen pada kulit wajah dan timbullah pelbagai jenis hidupan di mukanya. Jerawat, bintik hitam dan bintik putih semuanya sebati beranak pinak di muka. Sebelum ianya terjadi, lebih baik mencegah dari mengubati ! Salah satu cara paling cepat dan selamat adalah dengan kaedah rawatan laser pada wajah. Rawatan laser pilihan wanita 3 series itu ehem ehem, CN lah tu adalah Rawatan Carbon Laser Peel.
Bergambar dulu bersama Dr yang akan merawat CN iaitu Dr Michelle Lai |
Apakah Rawatan Carbon Laser Peel
Apabila sebut je tentang rawatan laser, pasti terbayang akan kepanasan dan kesakitannya. Almaklumlah, beauty is pain. Perempuan sanggup bersakit untuk cantik. Tapi anda jangan risau, rawatan laser di Premier Clinic ni confirm tak sakit! Rawatan carbon laser peel ni bertujuan untuk mengecilkan liang pori dan untuk mengekalkan kelembapan pada wajah sebab CN mengalami masalah kulit kering. Selain itu, rawatan ini juga boleh memutihkan kulit, mengurangkan pigmentasi, jeragat dan parut gelap pada wajah serta mengurangkan noda kulit tidak sekata. Paling best, masa buat rawatan tu, Dr Michelle Lai terjumpa blackhead 3 biji baru nak bertapak dekat pipi CN. Terus dia mintak kebenaran CN untuk buang benda tu dengan menggunakan laser di tangannya. Serius memang tak sakit. Best pulok.
Pengalaman CN Membuat Rawatan Carbon Laser Peel
Sebelum membuat rawatan carbon laser peel, CN diberi konsultasi oleh Dr Michelle Lai tentang masalah kulit yang CN alami dan rawatan yang sesuai. Kemudian CN dibawa ke bilik rawatan oleh Miss Kay. Di sana, muka CN dibersihkan terlebih dahulu untuk buang segala mekap. Kemudian, numb cream atau krim kebas di sapu pada wajah CN selama 15 minit. Masa tu rasa muka tebal je tau.
Selepas tu, muka CN dicuci lagi dan disapu carbon peel yang warna hitam tu untuk proses laser. Menurut Dr Michelle Lai, laser ni memang suka warna hitam. Jadi masa proses laser nanti akan ada bunyi tap, tap, tap. Sebelum muka CN dilaser, Dr Michelle Lai test dulu sikit dan tanya sakit ke tak. Ada la rasa macam semut gigit-gigit manja gitue. Tapi yang membuatkan CN cuak sebab bunyi tap tap tap tu dan bau hangit sikit. Tapi ok lah proses laser ni sekejab je, tak sampai 10 minit dah siap tau ! Memang pantas dan puas hati.
Sesi Rawatan Carbon Laser Peel |
Benda warna hitam dekat muka CN tula carbon namanya. |
Langkah-langkah Penjagaan Selepas Rawatan Carbon Laser Peel
Menurut Dr Michelle Lai , selepas membuat rawatan laser ni, perkara pertama yang mesti buat adalah elakkan muka terdedah kepada panas matahari terlalu lama. WAJIB pakai sunblock SPF50 ke atas dan moisturizer tau. Mujur nasib menyebelahi CN, habis je rawatan, bila keluar je dari clinik, hujan renyai-ranyai dan cuaca mendung je. Alhamdulillah. Senang je penjagaan selepas rawatan laser ni, tak perlu pantang makan apa-apa tau.
Kesan segera selepas rawatan carbon laser peel ini adalah muka terasa ringan dan liang-liang pori mengecil. Muka terus tegang dan flawless tau, tak perlu pakai foundation dan bedak tebal-tebal. Selepas 3 hari rawatan, blackhead 3 biji pada wajah CN terus hilang dan rona kulit muka menjadi sekata. Paling best, pipi mengecil sikit akibat kesan laser tau. Terus confident pakai shawl sebab muka tak berapa tembam macam sebelum ni. Suka sangat !
CN recommed sangat untuk anda mencuba rawatan carbon laser peel. Baru sekali rawatan dah puas hati. Kalau buat banyak kali confirm kalah retis tau..hehe
Kesan segera selepas rawatan carbon laser peel ini adalah muka terasa ringan dan liang-liang pori mengecil. Muka terus tegang dan flawless tau, tak perlu pakai foundation dan bedak tebal-tebal. Selepas 3 hari rawatan, blackhead 3 biji pada wajah CN terus hilang dan rona kulit muka menjadi sekata. Paling best, pipi mengecil sikit akibat kesan laser tau. Terus confident pakai shawl sebab muka tak berapa tembam macam sebelum ni. Suka sangat !
CN recommed sangat untuk anda mencuba rawatan carbon laser peel. Baru sekali rawatan dah puas hati. Kalau buat banyak kali confirm kalah retis tau..hehe
Muka tegang dan flawless sejurus selepas habis Rawatan Carbon Laser Peel |
Maklumat Lanjut tentang Premier Clinic
Berminat untuk mencuba rawatan carbon laser peel ini? Anda boleh terus walk-in atau buat appointment seperti maklumat di bawah :
Tel : 012-6625552
Website : www.premier-clinic.com
Email : contactus@premier-clinic.com
Facebook : https://www.facebook.com/Premier.Aesthetic
Twitter : https://twitter.com/premierclinickl
Google+ : https://plus.google.com/+PremierclinicKL
Lokasi Premier Clinic
TTDI : No 31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail
(TTDI), 60000 Kuala Lumpur
(sebaris dengan Pizza Hut dan bersebelahan dengan
Maxis & Digi Centre)
Bangsar : 40 Jalan Telawi Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
PT3 Geografi 2016 kali ini mengkehendaki calon untuk menyediakan 1 kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal/sekolah calon. Berikut merupakan kerangka pelaksanaan tugas sebagai panduan kepada calon. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Kerangka Pelaksanaan Tugasan
Terdapat 3 bahagian dalam tugasan PT3 Geografi iaitu :
1. Perancangan (10 markah)
: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh.
: Perancangan merangkumi :
- Tajuk
- Jadual Kerja
- Objektif Kajian
- Kaedah Kajian
2. Proses Awal (20 markah)
: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.
: Proses awal merangkumi :
- Borang Soal Selidik/Temubual (10-20 responden)
- Data
- Masalah
- Cadangan penambahbaikan
3. Proses Akhir (70 markah)
: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
- Konsep (5 markah) : Menghuraikan konsep dengan tepat berdasarkan sumber rujukan beserta contoh.
- Jadual (5 markah) : Mempunyai data, tajuk & sumber
- Graf/Carta pai (15 markah) : Graf/Carta pai dibina lengkap dan tepat. Ada justifikasi pemilihan grafik dan tafsiran.
- Masalah (20 markah) : Mengenalpasti dan menghuraikan tiga atau lebih masalah yang relevan dan tepat
- Cadangan penambahbaikan (20 markah) : Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis serta rasional
- Penilaian umum (2 markah) : Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis.
Tempoh masa yang diberi adalah dari 18 hingga 29 Julai 2016.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Setelah puas beraya seminggu, kini calon PT3 2016 berdepan pula dengan Kajian Kes Geografi. Seperti ramalan, soalan PT3 Geografi 2016 adalah berkenaan dengan topik Tingkatan 2 iaitu Pengangkutan. Soalan PT3 Geografi untuk tahun 2016 kali ini agak mudah dan tajuknya terlalu general. CN percaya ramai calon PT3 mampu memperoleh A, insyaAllah.
Tugasan PT3 Geografi 2016 :
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal / sekolah anda.
Kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :
3.1. Konsep dan takrifan sistem pengangkutan .
3.2. Bina jadual dan graf/carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di kawasan kajian. (Jadual dan graf/carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan 3.3 dan 3.4
3.3 Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian.
3.4 Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian.
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2016
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apalah ertinya raya tanpa kuih raya pilihan hati. Dari kecil sampai sekarang,semestinya kuih raya pilihan hati adalah tart nenas gebu rapuh. Kalau dapat, memang asyik makan sampai tak sedar habis sebalang. Biasanya kalau beraya ke rumah saudara, bila dah habis makan CN akan minta lagi untuk makcik2 refill balik tau ! Hehe..selain tu, ada lagi kuih raya pilihan CN yang lain tau.
Tart nenas gebu rapuh
Selain tart, CN suka kuih raya yang pedas seperti popia gulung. Ini pun sama, kalau jumpa, memang boleh habis sebalang. Sedapnya !
Popia gulung sedap
Pernah makan tak kuih kapit berinti coklat dan peanut butter? Serius sedap ! Isteri bff Encik Suami yang bekerja di Renesas Telok Panglima Garang memang buat business kuih kapit berinti sedap ni. Serius sangat-sangat sedap !
Kuih kapit berinti coklat dan peanut butter
Tahun ni CN sempatlah buat beberapa jenis kuih raya sebab bonus raya tak dapat. Boleh berjimat sikit dari beli je, dah la mahal kuih raya sekarang ni.
Anda pula bagaimana, apakah kuih raya pilihan hati anda?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Amatlah rugi mereka yang tidak suka makan durian. Sedap weh ! Meh sini CN share 10 jenis durian yang bukan sahaja sedap dimakan tapi sedap ditengok ! Habis ngences ni...
10 jenis durian yang super sedap! |
10 jenis durian yang super sedap! |
10 jenis durian yang super sedap! |
10 jenis durian yang super sedap! |
10 jenis durian yang super sedap! |
10 jenis durian yang super sedap! |
10 jenis durian yang super sedap! |
10 jenis durian yang super sedap! |
10 jenis durian yang super sedap! |
10 jenis durian yang super sedap! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~