Hadiah bunga kering untuk si dia

August 13, 2016

Pasti anda terdetik di hati betapa kedekutnya sang kekasih menghadiahkan bunga kering untuk tersayang. Sabar ye, jangan terus labelkan si dia kedekut. Ini bunga kering bukan sebarang bunga kering, ini bunga kering dari PegasusFlorist. Bunga kering yang CN maksudkan ini adalah bunga lavender yang dikeringkan secara semulajadi tanpa bahan pengawet. Masa abang posmen hantar sejambak bunga lavender kering ni, dari luar dah bau semerbak tau. 

bunga kering, jambangan bunga kering, pegasusflorist
Sejambak bunga lavender kering untuk si dia

Kelebihan Lavender Kering dari PegasusFlorist


Sudah tentu bunga lavender dari PegasusFlorist ini dikeringkan secara semulajadi tanpa sebarang pewangi tambahan. Memang boleh berangan baring di atas ladang lavender bila cium sejambak bunga lavender kering ni tau. Siap terbayang-bayang menari dengan Encik Suami gituw, hover ! 

bunga kering, jambangan bunga kering, pegasusflorist


Paling best, bau wangi bunga lavender kering ni boleh tahan sehingga 1 tahun. Memang sesuai dijadikan sebagai hiasan di rumah, bukan sahaja berbau wangi dan menenangkan, malah cantik dipandang. Lepas ni kalau nak hadiahkan bunga buat sang kekasih, apa kata tukar kepada lavender kering dari PegasusFlorist, bukan sahaja lagi murah, tapi bau yang tahan lama. Jimat !

"Kakak CN, rumah saya dekat ceruk kampung, boleh ke delivery?"

Jangan risau dek Non, delivery seluruh Malaysia. Anda akan dapat sejambak bunga lavender yang dibungkus seperti gambar di bawah, memang selamat bunga anda tau. 


bunga kering, jambangan bunga kering, pegasusflorist
Pembungkusan bunga lavender kering

Bau Lavender Kering yang Menenangkan Jiwa

Baru-baru ni CN memang stress dengan pemantauan untuk pentaksiran TMK dan dalam masa yang sama duk sibuk menanda 216 skrip jawapan PT3 Geografi ! Stress mak tau ! Mujurlah balik sekolah je, tengok abang posmen hantar parcel yang bau wangi. Yes ! Bunga lavender kering ku dah sampai ! 

Eksited CN bukak parcel yang semerbak bau ni, memang selamat bunga anda sebab dibungkus rapi. Bila cium je, fuh, tenang je hati. Berbaloi-baloi beli sebab cantik dibungkus dan bau yang wangi. Nanti bolehlah hadiahkan bunga lavender kering untuk adik CN si Cik Wany masa konvo dia nanti, jimat ! Hehehe


bunga kering, jambangan bunga kering, pegasusflorist
Tenang je jiwa dengan bau wangi lavender kering

Berminat untuk menghadiahkan bunga lavender kering untuk tersayang?




bunga kering, jambangan bunga kering, pegasusflorist
Irfan pun suka bau wangi lavender kering dari PegasusFlorist


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.