Inovasi terkini SAFI Shayla dengan pek fleksi

September 27, 2016

Syampu untuk wanita bertudung iaitu SAFI Shayla kini dengan Pek Fleksi. Lebih jimat dan boleh dimana kemana-mana, rangkaian syampu SAFI Shayla ini diformulasikan khas buat wanita bertudung. CN suka Syampu SAFI Shayla Kawalan Rambut Gugur ni tau. Syampu untuk membantu atasi rambut gugur ini berbau wangi dan tahan sehingga 24 jam serta mengandungi habbatus sauda dan protein untuk menguatkan struktur rambut sambil mengurangkan keguguran. Syampu kawalan rambut gugur ini sangat sesuai berganding dengan shawl kaler cream dari Sugarscarf, eh !


safi shayla, syampu kawalan rambut gugur, atasi masalah rambut gugur

Ok, sebenarnya saja nak posing dengan shawl Sugarscarf kaler cream ni selepas memakai syampu SAFI Shayla Kawalan Rambut Gugur. Rasa segar je dan bila bukak tudung, rambut tetap berbau wangi. Best pulak ! Tiada lagi bau masyam pada rambut selepas seharian bertutup. 


safi shayla, syampu kawalan rambut gugur, atasi masalah rambut gugur


Pek fleksi ini pulak ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Bila hujung minggu CN pasti bermalam di rumah mak, jadi wajib bawak pek fleksi syampu SAFI Shayla dan dimasukkan ke dalam beg anak-anak, muat tau sebab reka bentuknya yang fleksible dan mudah untuk disumbat ke dalam beg. 


Inovasi Pek Fleksi SAFI Shayla


Inovasi Pek Fleksi SAFI Shayla ini merupakan inovasi pertama dalam industri syampu dimana ianya fleksibel dan boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

Syampu SAFI Shayla ini melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada keadaan yang berbeza iaitu sebagai pek kembara, pek mudah guna atau pek isian semula. 

safi shayla, syampu kawalan rambut gugur, atasi masalah rambut gugur


Dimana boleh dapatkan SAFI Shayla Pek Fleksi?


Produk SAFI Shayla Pek Fleksi ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hyper utama pada harga RM14.65. 

Untuk maklumat lanjut mengenai SAFI sila layari.
Facebook : SAFI.MY
Instagram : @safimalaysia
Youtube : https://www.youtube.com/user/SAFImalaysia



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Safi shayla memang pilihan utama wanita bertudung kan CN :)

    ReplyDelete
  2. saya pun pakai safi syaila sebab wangi...suka sangat

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.