Nak beli jubah kanak-kanak yang murah?

September 30, 2016

Zaman sekarang mudah betul bila nak shopping kan? Online je, segalanya dihujung jari anda. CN memang suka beli baju babyDhia secara online, ada banyak laman web yang menjual baju kanak-kanak yang murah tau. Di SweetMuslimah pun ada jubah kanak-kanak yang murah, geram je tengok sebab babyDhia tak boleh pakai lagi. Senang betul membeli belah di SweetMuslimah ni tau, klik klik terus bayar. Lepastu tunggu abang posmen datang. 

Pelbagai pilihan jubah kanak-kanak murah


Bukan sahaja koleksi untuk dewasa, SweetMuslimah juga menawarkan pelbagai pilihan jubah kanak-kanak dengan harga yang murah. Apa yang best sudah tentu kualitinya yang superb dan menjadi pilihan ramai ibu-ibu di luar sana. 

Jubah kanak-kanak Albani ini adalah 100% material dari cotton dimana ia sejuk dan selesa. Sesuai untuk kanak-kanak yang aktif tapi masih tetap bergaya muslimah sejati gituw. Jubah Albani ini sesuai untuk umur 4 tahun (S), 5 tahun (M), 6 tahun (L), 7 tahun (XL) dan 8 tahun (2XL). Kenapalah tak ada saiz baby ye, sabar jela CN tak boleh memborong untuk baby Dhia. 


jubah kanak-kanak murah, jubah kanak-kanak
Jubah kanak-kanak murah hanya di SweetMuslimah



jubah kanak-kanak murah, jubah kanak-kanak
Jubah kanak-kanak murah hanya di SweetMuslimah


Ukuran baju jubah kanak-kanak Albina


Paling risau bila baju online ni adalah saiz ukuran baju. Apa kata amik pita pengukur dan ukur saiz badan anak anda, cuba tengok saiz apa yang sesuai. Mujur babyDhia kecik lagi, kalau tak memang CN dah beli kedua-dua design ni, serius comel !

Jubah kanak-kanak murah

Ingin membeli jubah kanak-kanak murah?


Jom cuci mata di www.sweetmuslimah.com. Bukan sahaja jubah kanak-kanak yang murah, baju mak-mak nya pun ada tau. Lagi rambang mata ! 

Pelbagai pilihan untuk jubah kanak-kanak yang murah di sini. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.