Tersuka dengan kedai buku online Peekabook

September 24, 2016

Selasa lepas CN ada terima satu parcel. Memang eksited bukak sebab kotaknya agak besar dan berat. Bila bukak je tengok ada nama Irfan. Eh ! Ni hadiah Irfan. Ok, terus bagi dekat Irfan suruh dia tengok apa ada dalam kotak tu. Kemain suka budak tu bila tengok dalam kotak tu siap ada surat bernama Muhammad Irfan dan set buku cerita berbahasa Inggeris dari Peekabook. Memang sesuai dijadikan sebagai hadiah sebab kotaknya cantik dibungkus. Suka sangat dengan servis pembungkusan Peekabook ni !
irfan hensem, peekabook, kedai buku online peekabook
irfan hensem, peekabook, kedai buku online peekabook


Paling Irfan suka sudah tentu Looney Tunes Mini Library. Enam buku mini ini sangat comel dan mudah dibawa ke mana-mana. Senang nanti bila travel boleh bawak buku ni bagi mengisi masa lapang anak bujang CN tu.

irfan hensem, peekabook, kedai buku online peekabook


Kedai buku online Peekabook


Zaman moden ni senang betul untuk membeli belah. Dah tak perlu berlama-lama dikedai buku untuk membeli buku, order online je dah sampai dekat rumah. Tapi kan bila beli online mesti risau akan bayaran pos sebab buku-buku ni berat. Jangan risau, di Peekabook, bayaran pos percuma bila anda membeli buku pada harga RM150 ke atas. Apa lagi, kasi borong la buku-buku tu. Kalau takut nak borong, apa kata share beli dengan kawan-kawan, dah jimat duit minyak kereta nak keluar kan? Tunggu je abang posmen datang hantar buku, seronok betul !

Bukan setakat buku cerita dan buku latihan, di Peekabook juga ada dijual buku teks untuk sekolah rendah >> Buku Teks Sekolah Rendah. Macam-macam ada dijual disini tau. 


irfan hensem, peekabook, kedai buku online peekabook


Kotak langganan untuk anak anda hanya di Peekabook


Terdapat pelbagai jenis buku yang dijual di Peekabook sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Harga bukunya juga berpatutan. Tahu tak bahawa Peekabook telah melancarkan >> "Kotak Langganan"  >> untuk kanak-kanak berumur di antara 2-12 tahun. Terdapat 2 jenis produk yang ditawarkan iaitu Book Boxes atau Themed Boxes. Setiap kotak berharga serendah RM59.90 sebulan. Apa yang anda akan dapat adalah penghantaran pelbagai jenis buku baru mengikut jenis kotak yang anda langgan dihadapan pintu rumah anda. Paling menarik sudah tentu bungkusan kotak yang sesuai dijadikan sebagai hadiah buat anak tersayang. Buku-buku dibalut kemas di dalam kotak dengan helaian kertas-kertas kecik purple yang cantik berserta surat buat anak anda. Sangat menarik !



Cuba tengok video Irfan ketika membuka "Kotak Langganan" Peekabox ni, eksited betul ! Peekabox Irfan ni adalah kategori Themed Boxes untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun. Best kan kotak ni? CN tak tipu tau, dengan mamanya pun eksited juga nak tahu apa yang ada dalam kotak ni. Suka betul !

irfan hensem, peekabook, kedai buku online peekabook

Dalam Peekabox Irfan ni ada 6 buku cerita berbahasa Inggeris iaitu :
1. Tyrannosaurus Drip Activity Book
2. I Love My ABC
3. Looney Tunes (Mini Library)
4. The Big Red Bus 
5. Speckle the Spider
6. Oh, The Thinks You Can Think!

Berminat untuk melanggan Peekabox ini?


Tekan butang Order Now untuk melanggan :

irfan hensem, peekabook, kedai buku online peekabook

Untuk maklumat tentang Peekabook.

Facebook : PeekabookMY
Instagram : Peekabook


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.