Bestnya cerita The Legend Of The Blue Sea!

November 18, 2016

Esok cuti, jadi jom kita layan drama korea ! Wee ! CN tengok drama korea The Legend Of The Blue Sea secara online di myasiantv.se. Serius memang best drama ni tau. Sudah tentu penarik utama drama ini adalah pelakon utamanya iaitu Lee Min Ho. Suka sangat tau tengok mamat ni ! Ops !

Kredit kepada mykarya kerana berkongsi tentang sinopsis drama The Legend Of The Blue Sea. 


the legend of the blue sea, drama korea, tonton online the legend of the blue sea

Tonton Online The Legend Of The Blue Sea

the legend of the blue sea, drama korea, tonton online the legend of the blue sea
Drama The Legend Of The Blue Sea

Sinopsis The Legend Of The Blue Sea


Name: The Legend of the Blue Sea
Pengarah: Jin Hyeok
Pelakon: Jun Ji-Hyun, Lee Min-Ho, Krystal
Tahun: 2016
Country: Korean
Genre: Romantik

Legend Of The Blue Sea mengisahkan tentang duyung terakhir di bumi bertemu dengan penipu yang bijak. Duyung tersebut cuba menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di darat. 


Diilhamkan oleh legenda Joseon klasik dari koleksi pertama cerita sejarah tidak rasmi Korea, mengenai seorang nelayan yang menangkap dan melepaskan ikan duyung, drama ini menceritakan kisah cinta di antara anak keluarga bangsawan Joseon bernama Dam-lim (Lee Min-ho) dan ikan duyung bernama Shim Chung (Jun Ji-hyun).


the legend of the blue sea, drama korea, tonton online the legend of the blue sea



Heo Joon Jae (Lee Min Ho) adalah penipu genius dengan hati emas, mahir bermain helah, penipuan, dan putar belit bagi memenuhi matlamat beliau. Shim Chung (Jun Ji Hyun) adalah ikan duyung terakhir di dunia, yang berabad-abad mencari cinta sejatinya iaitu seorang lelaki yang menyelamatkannya pada masa lalu dan hingga kini masih tetap setia menanti. 

Apabila kedua-duanya bertemu, ikan duyung tersebut cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di darat, dan penipu yang bijak itu mendapati dirinya jatuh cinta dengan gadis yang aneh ini. Apakah terjadi kepada pasangan aneh ini, adakah ikan duyung itu boleh terselamat hidup di darat?


the legend of the blue sea, drama korea, tonton online the legend of the blue sea

Pelakon The Legend Of The Blue Sea


Jun Ji-hyun sebagai Shim Chung
Shin Eun Soo sebagai Shim Chung remaja
Kal So-Won sebagai anak Shim Chung

Duyung yang tiba ke Seoul dari era Joseon, dan perjuangan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan manusia.


the legend of the blue sea, drama korea, tonton online the legend of the blue sea
Lee Min Ho !! Weee


Lee Min Ho sebagai Heo Joon-jae / Kim Dam-lim
Park Jin-young sebagai Joon-jae / Dam-lim remaja
Jeon Jin-seo sebagai Joon-jae kanak-kanak

Anak majistret dalam era Joseon / A con-man berdarah sejuk yang menggunakan rupa dan akal fikirannya untuk berubah menjadi orang yang berbeza demi penipuan.

Lee Hee-joon sebagai Jo Nam-doo

Seorang rakan con-man dan orang kanan Joon-jae, yang dengan kefasihan dan kemahiran beliau, mengajar Joon-jae untuk menjadi scammer yang genius.

Shin Hye-sun sebagai Cha Si-a

Dia adalah rakan Joon-jae junior di universiti; seorang penyelidik di KAIST. Seorang yang bijak dan logik, dia amat menyayangi orang-orang yang lemah, orang susah dan haiwan.

the legend of the blue sea, drama korea, tonton online the legend of the blue sea


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Tak pernah layan citer Korea..risau kot terjebak krg nk tgok aje...tp bila ramai member ckp best mcm nk tgok je..hihi

    ReplyDelete
  2. cerita ni y budak office dok sembang

    ReplyDelete
  3. Bestnya sinopsis dia.. drama yg ditunggu-tunggu..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.