Dhia Zahra 10 bulan

January 30, 2017

Alhamdulillah, sekejab je anak dara CN yang super bambam ni, Dhia Zahra berumur 10 bulan. Sangat aktif dan nampak gaya suka 'cari pasal' dengan abangnya Irfan Hensem. Tak pandai yang kecil, suka kacau abangnya. Bila abangnya marah, pandai melawan pulak tu ! Mujurlah abang Irfan Hensem ini agak penyabar walaupun kadang-kadang 'terlepas' juga hayunan tangannya dekat adik !

Dhia Zahra menginjak 10 bulan, suka menolak kerusi atau apa-apa sahaja yang boleh ditolak. Kalau dekat rumah Opah, rajin dia meniti sepanjang dinding rumah Opah sampai ke dapur. Bila diajar bertatih, dia takmo ikut bajet nak independent konon-kononnya. Selera makan agak berkurang disebabkan dah ada 2 batang gigi di bawah. Mungkin rasa tak selesa kot. Tapi menyusu makin kuat. Kira kenyang susu la tuh. Its ok la, janji berat naik setiap bulan dah okay sangat.

Semoga Dhia Zahra membesar dengan ceria dan sihat ye ! 

dhia zahra, bayi 10 bulan, perkembangan anak 10 bulan
Dhia Zahra 10 bulan


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.