Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo

January 29, 2017

Kali ini CN ingin review satu jenama shampoo yang CN dapat dari 100comments.com. Setakat ini CN tak pernah dengar lagi jenama shampoo ni >> Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo. Shampoo ini direka khas dengan bebas SLES untuk mengelakkan rambut gugur. Ia juga mengandungi POLYGALA yang berfungsi sebagai antibakteria untuk menjadikan kulit kepala bersih dan bebas bakteria supaya rambut kekal sihat. 

Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo, review Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo, atasi masalah rambut gugur
Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo

Kalau ditanya harga sebotol Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo ni, maaplah, CN tak perasan pulak berapa harganya. Cuma nak cerita, CN suka dan berpuas hati dengan Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo ini. 



Reviw Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo


1. Bungkusan dan botol plastik
: Design nya simple dengan warna hitam dan putih. Botol plastik mudah untuk digunakan dan tahan lasak. 
2. Mudah untuk digunakan
: Hanya picit sedikit dan sapu pada kulit kepala yang basah. Memang mudah untuk dikawal dan tidak membazir. 
3. Bau
Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo agak berbau ubat tapi memberi kesegaran pada kulit kepala kerana rasa beranginnya. Paling penting shampoo ni membantu mengurangkan masalah rambut gugur. Nak guna pun senang, picit sikit-sikit je.




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.