The Plant Base Nature Solution, produk Korea yang menakjubkan

February 21, 2017

Siapa taknak wajah cantik berseri kan? Pasti ramai yang sentiasa mencari tips dan petua untuk menjadikan wajah cantik berseri. Pelbagai produk di pasaran yang menawarkan kesan cantik berseri tetapi kebanyakan produk tersebut mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan memberi kesan yang bahaya kepada kulit kita. Rangkaian Nature Solution dari The Plant Base iaitu produk penjagaan kulit terkenal dari Korea merupakan produk yang mendapat sijil ECOCERT. Rangkaian Nature Solution ini terdiri daripada 4 produk iaitu buih pembersih, air penghidrat buluh, pati kulit dan emulsi penghidratan buluh yang bebas dari bahan kimia!


the plant base review, produk bebas bahan kimia, skincare korea


Kunci keseriaan kulit dari Ekstrak buluh Korea



Ekstrak buluh korea merupakan kandungan utama di dalam rangkaian Nature Solution dari The Plant Base ini. Ekstrak buluh ini dapat membantu anda mengekalkan kulit yang sihat disamping mengembalikan keseimbangan kelembapan kulit dan membina semula pelindung semulajadi kulit terhadap penuaan. Disamping membantu mengurangkan kedutan, ia juga meningkatkan keseriaan kulit secara semulajadi. 



the plant base review, produk bebas bahan kimia, skincare korea




The Plant Base Nature Solution Skin Essence

Ramuan sah ECOCERT yang terkandung dalam produk ini terdiri daripada 62.84% air buluh dan 13 jenis minyak semula jadi. Ramuan paten Inflax™ The Plant Base juga ditambah untuk menyampaikan fungsi anti-oksidan dan melegakan kulit. Ia menggunakan teknologi “oil-drop” supaya bahan-bahan aktif boleh menyemai jauh ke dalam lapisan kulit untuk memaksimumkan hasil penambahbaikan kulit. Pati Kulit Nature Solution ini menggalakkan pembaharuan semula jadi kulit untuk kesan keserian dan mengurangkan kedutan pada wajah. Kulit kelihatan lembap dan cerah selepas pengunaan.

the plant base review, produk bebas bahan kimia, skincare korea

the plant base review, produk bebas bahan kimia, skincare korea
Tekstur The Plant Base Nature Solution Skin Essence

CN gunakan Skin Essence ini sebelum tidur dan apa yang CN perasan, bila bangun tidur, kulit wajah rasa lembap dan tidak kering. Sesuai dipakai jika anda terdedah kepada cahaya matahari dan aircond. 

the plant base review, produk bebas bahan kimia, skincare korea

Cara Penggunaan The Plant Base Nature Solution Skin Essence


Selepas menggunakan Hydrating Bamboo Water, sapukan jumlah yang mencukupi dan tekan perlahan-lahan pada kulit wajah dan leher dengan hujung jari. Teksturnya agak pekat dan digalakkan pakai sebelum tidur untuk memberi kesan menyeluruh. 

the plant base review, produk bebas bahan kimia, skincare korea

The Plant Base Nature Solution Hydrating Bamboo Water

Penyegar toner semulajadi yang organik dan hypoallergenic ini mengembalikan tahap kelembapan kulit dan membina pertahanan kulit terhadap kesan penuaan. Ia memberi kelembapan segera dan melembutkan kulit. Formula ini terdiri daripada ramuan sah ECOCERT termasuk 76.6% air buluh, 6000mg ekstrak dahan Buluh Korea, Inflax ™ dan dua lapisan minyak Argan dan air buluh.



the plant base review, produk bebas bahan kimia, skincare korea

the plant base review, produk bebas bahan kimia, skincare korea


the plant base review, produk bebas bahan kimia, skincare korea
Tekstur The Plant Base Nature Solution Hydrating Bamboo Water

CN gunakan Hydrating Bamboo Water sebelum memakai loose powder pada waktu pagi untuk menjadikan wajah nampak segar dan berseri-seri. Teksturnya yang cair mudah untuk diserap pada kulit. Hydrating Bamboo Water ini juga membantu memberi kelembapan yang berpanjangan pada kulit wajah. Jadi keje sampai tengah hari pun, wajah nampak berseri-seri dan tidak pucat. 

the plant base review, produk bebas bahan kimia, skincare korea

Cara Penggunaan The Plant Base Nature Solution Skin Essence


Goncang sebelum digunakan. Sapukan jumlah yang mencukupi pada muka dan tepuk dengan ringan sehingga di serap. Sesuai dipakai selepas mandi untuk membantu memberikan kelembapan pada kulit. 

Berminat untuk mencuba rangkaian produk The Plant Base ini?


“The Plant Base” Nature Solution Natural Cleansing Foam dijual pada harga runcit RM71.90 (120 ml), Hydrating Bamboo Water pada RM109 (150ml), Skin Essence pada RM129 (40ml), dan Hydrating Bamboo Emulsion pada RM125 (125ml). Ia boleh didapati di 15 kedai Watson terpilih dan BIG Pharmacy di Malaysia dari Mei 2016. 

Untuk maklumat lanjut mengenai The Plant Base, layari http://www.theplantbasemalaysia.co.

#ThePlantBase

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. Macam best je produk ni..nak try le..suka produk yang berasaskan bahan organik ni..rasa selamat nk guna terutama kat muka...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.