Lazada Birthday Blogger Contest

Minggu ni blog CN asyik cerita tentang Lazada 5th Birthday je. Harap-harap pembaca tersayang jangan la jemu ye. Kali ini CN ingin mencuba nasib untuk Lazada Birthday Blogger Contest yang berakhir pada 23 March ini. Tinggal beberapa hari lagi. Last minute join harap membawa tuah, insyaAllah. 

Masih ada masa lagi untuk anda sertai Lazada Birthday Blogger Contest ini. Syarat-syarat penyertaan juga amat mudah. Jom ramai-ramai sertai Lazada Birthday Blogger Contest ini. 


Lazada Birthday Blogger Contest, lazada malaysia, top 3 product pick from lazada malaysia

Lazada Birthday Blogger Contest


Okay, untuk Lazada Birthday Blogger Contest ini, CN dikehendaki untuk menjawab 4 soalan. Ini jawapannya ye :

What do you love about Lazada Malaysia?


Apa yang CN sukakan tentang Lazada Malaysia ini adalah tawaran harga yang menarik serta tempoh masa delivery yang memuaskan. Setiap barang diberi expected date untuk delivery. Memang bagus sebab pengguna tidak tertanya-tanya tentang barangan yang dibeli. CN juga banyak kali beli barangan di Lazada Malaysia yang direct post dari Beijing, China. Selamat sampai ke depan pintu rumah dan sangat puas hati ! Lagi-lagi semasa berpantangkan Dhia Zahra dulu, boleh dikatakan setiap minggu ada je barangan yang dibeli di Lazada! Hehehe

Top 3 product pick from Lazada Malaysia


Ini adalah top 3 product dari Lazada Malaysia pilihan CN. 


Lazada Birthday Blogger Contest, lazada malaysia, top 3 product pick from lazada malaysia


Tefal Manual Chopper ini adalah salah satu item di dalam Box Of Joy yang CN terima tahun lepas. Selepas CN guna chopper ni, terus recommend dekat kawan-kawan supaya beli jugak. Harga Tefal Manual Chopper ini lagi murah dari chopper jenama terkemuka yang lain. Sangat berbaloi untuk memilikinya. 


Lazada Birthday Blogger Contest, lazada malaysia, top 3 product pick from lazada malaysia


Jika anda peminat kopi, anda mesti memiliki Nescafe Gold Barista Machine ini. Harga sebenar mencecah ke RM4++ tau, tapi sempena Lazada 5th Birthday Surprise ini, harganya cuma RM219 sahaja ! Sangat berbaloi.


Lazada Birthday Blogger Contest, lazada malaysia, top 3 product pick from lazada malaysia


Jenama Carlo Rino adalah antara jenama kegemaran CN. Kenapa Carlo Rino? Sebab CN sukakan designnya yang up to date dan nampak 'cute'. Sempena ulangtahun Lazada yang ke-5 ini, pelbagai jenis beg tangan jenama Carlo Rino dijual dengan diskaun sehingga 70%! Tengok sahaja beg tangan di atas ini, harga asalnya adalah RM399, tapi dijual pada harga RM119.70. Murah kan?

How do you think Lazada Malaysia can improve?


Bagi CN, Lazada Malaysia boleh improve dengan memperbanyakkan lagi jenama-jenama terkenal di lamanweb Lazada. Harga yang ditawarkan juga haruslah berpatutan dengan kos postage yang minima. Setakat ini CN sangat berpuas hati apabila dapat membeli sesetengah barangan di Lazada Malaysia dengan FREE POSTAGE tanpa sebarang syarat. Siap recommend dekat kawan-kawan lagi untuk membeli barangan di Lazada Malaysia disebabkan oleh FREE POSTAGE tersebut. Dan percayalah, ramai customer memang sukakan FREE POSTAGE ini.

What is your birthday wish to Lazada Malaysia?


Happy Birthday Lazada yang ke-5 ! CN harap agar Lazada Malaysia terus lagi maju. Semoga Lazada Malaysia terus mengaut keuntungan yang banyak dan tetap setia berkolaborasi dengan blogger. Oh ya, semoga Lazada Malaysia memberikan surprise yang berganda-ganda lagi untuk blogger dan affiliate dengan tawaran hadiah contest yang lagi menarik serta Box of Joy yang lagi awesome. CN tetap setia menunggu Box of Joy 3.0 ye. Weee...


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Budak Buzy
admin
22 March 2017 at 11:24 ×

Good luck n all the best..

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon