Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest

Alhamdulillah, rezeki CN menang voucher Lazada RM150 dalam Lazada Birthday Blogger Contest yang berakhir pada 23 March yang lalu. Kali ini, CN eksited pula untuk join contest sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair yang berlangsung dari 27 March hingga 2 April dengan tawaran diskaun sehingga 85% ! Semoga murah rezeki kali ini. Dapatlah shoping barang-barang Dhia Zahra & Irfan Hensem nanti kan. 

Seperti mana Lazada Malaysia Big Baby Fair yang berlangsung selama seminggu ini iaitu dari 29 March hingga 2 April, contest ini juga berlangsung pada tarikh yang sama di mana tarikh tutup contest adalah pada 2 April 2017. Masih ada masa lagi untuk anda sertai Lazada Birthday Blogger Contest kedua ini. Syarat-syarat penyertaan juga amat mudah. Jom ramai-ramai sertai Lazada Malaysia Big Baby Fair ini. 




Lazada Malaysia Big Baby Fair


Okay, untuk Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest ini, CN dikehendaki untuk menjawab 3 soalan. Ini jawapannya ye :

What favourite brand of diapers for your baby?


Brand diapers kegemaran CN adalah Huggies. Kenapa Huggies? Kerana jenama Huggies ini telah diiktiraf sebagai jenama paling dipercayai di hospital. Diapers jenama Huggies ini terbukti secara klinikal mampu melindungi kulit bayi dari ruam lampin. CN sendiri gunakan diapers jenama Huggies dari Irfan Hensem sampai ke Dhia Zahra. Paling penting, Huggies ni lembut dan tidak mudah bocor. Kalau pakaikan lepas Dhia Zahra berak, boleh tahan sampai ke petang dan kulit Dhia pun tak merah bila dipakaikan lama-lama. Memang puas hati. 



What is your favourite choice of baby formula for your baby?


Alhamdulillah, kedua-dua anak CN menyusu badan full. Selepas Irfan 2 tahun, CN berikannya susu formula Dutch Lady. Susu formula Dutch Lady ni memang sangat serasi dengan Irfan Hensem. Selain rasanya yang sedap, ia juga berkhasiat dan mengenyangkan. Dah la harganya yang murah dan selalu ada promosi. Berbaloi beli susu formula Dutch Lady ni. 



Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children


Sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair ni, CN tergoda dengan tawaran diskaun jenama Anakku. Pelbagai barangan seperti baju, mandian, stroller dan banyak lagi dibawah jenama Anakku dijual dengan harga yang murah dengan diskaun sehingga 83%!




CN dah berkenan dengan dress hitam Hello Kitty ni. Sangat cantik sesuai dengan anak dara CN si Dhia Zahra tu. Bayangkan harga asal dress ni adalah RM169 dan kini dengan hanya RM45.10. Memang best. Kemeja T kanak-kanak lelaki pun banyak yang murah. Kena juga beli untuk si bujang CN, Irfan Hensem tu. 





Jadi apa tunggu lagi, jom terjah Lazada Malaysia Big Baby Fair bermula 29 Mar hingga 1 April. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
Budak Buzy
admin
30 March 2017 at 10:04 ×

Good luck..all the best

Reply
avatar
Uncle Zuan
admin
30 March 2017 at 23:22 ×

wow banyak juga contest dari Lazada ni ye

Reply
avatar
Salmiah Mz
admin
1 April 2017 at 03:39 ×

Semoga berjaya...

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon