Fridge Magnet dari Aqeela

Tiga tahun yang lalu CN pernah buat entry khas untuk kelas kesayangan CN iaitu 3KRK1 dimana ketika itu CN adalah guru tingkatan mereka. Kelas pertama CN di sekolah baru. Banyak pengalaman dicipta bersama anak-anak ini. Sampai sekarang, kami masih lagi berhubung di media social. Pelajar-pelajar kelas 3KRK1 ini memang mesra alam. Tidak sombong walaupun kategori pelajar pandai.

cerita cikgu, hadiah buat cikgu, hadiah buat guru, aqeela hazwani, terima kasih cikgu
Fridge magnet dari Aqeela Hazwani

Alhamdulillah, keputusan SPM 2016 yang baru-baru ni pun memihak kepada mereka. Ramai yang mendapat keputusan yang cemerlang. Bangga sangat dengan anak-anak CN ni. Salah seorang yang tetap mengingati CN adalah Aqeela Hazwani. Tiga tahun yang dulu pun, dia juga yang memberikan CN hadiah birthday. Terharu sangat sebab masih diingati. Yela, masa dorang form 4 & form 5 CN tidak mengajar budak-budak ni. Kalau pelajar lain biasanya mereka lupa cikgu yang mengajar mereka masa form 1, 2 & 3. Tapi tidak untuk batch ini. Mereka masih berhubung dengan cikgu-cikgu yang mengajar masa mereka lower form dulu. 

Kenangan paling best dengan budak-budak ni sudah tentu lawatan ke Ipoh tiga tahun dahulu. Best sangat stay 2 hari 1 malam di Hillcity Hotel & Condo. Paling best sudah tentu seharian di Lost World of Tambun dan hiking di Gua Tempurung. Kemudian makan-makan sampai kembung di Cafe Nadia & Spice di bandar Ipoh dan bergambar sakan di Taman Rekreasi Gunung Lang

Semua tu antara kenangan terindah CN sebagai cikgu. Dari paperwork sampai booking tempat semua diuruskan oleh pelajar-pelajar ni yang ketika itu masih lagi form 3. Bangga sangat dengan budak-budak ni. Semoga mereka semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin...



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Previous
Next Post »

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon