Slimming treatment murah dengan PRP

Jika sebelum ini CN pernah bercerita tentang rawatan PRP pada wajah di entry "Terapi PRP di Dr M.A.D Welness", kali ini CN ingin bercerita tentang rawatan PRP untuk slimming. Rawatan PRP untuk slimming adalah 1 kaedah slimming secara organik dimana menggunakan biologi semulajadi anda iaitu darah anda sendiri untuk membantu menyingkirkan lemak-lemak dikawasan bermasalah secara semulajadi. Hasilnya, kawasan rawatan akan menjadi tegang tanpa lemak yang menggeleber. Disebabkan terapi PRP ini menggunakan darah kita sendiri. Jadi ia tidak mempunyai sebarang risiko kerana tidak mungkin kita mempunyai alahan dengan darah sendiri.



PRP untuk slimming di Dr. M.A.D Wellness


Dr. M.A.D Wellness menawarkan pelbagai pilihan rawatan untuk slimming. Yang menjadi pilihan CN adalah PRP untuk slimming kerana ianya organik dan tiada kesan sampingan. Kaedah rawatan PRP untuk slimming juga adalah mudah dan cepat. Cuma untuk membuat PRP untuk slimming ini adalah jangan takut jarum! Jika anda seorang yang takut jarum, CN tak galakkan anda buat rawatan PRP ini. Anda boleh cuba rawatan ironman hot suit yang sangat mudah ataupun pelbagai lagi rawatan slimming yang ditawarkan oleh Dr. M.A.D Wellness.


rawatan prp, dr. mad wellness, terapi prp, platelet rich plasma, rawatan kecantikan prp
PRP untuk slimming di Dr. MAD Wellness

Langkah-langkah rawatan PRP untuk slimming


1. Darah CN diambil oleh nurse. Disini CN puji trained nurse di Dr. M.A.D Wellness ini kerana cekap mengambil darah. Proses mengambil darah cepat dan tidak menyakitkan.

2. Kemudian darah CN ini diproses di dalam mesin khas untuk memisahkan sel darah merah dan sel serum. Proses ini mengambil masa lebih kurang 45 minit.

rawatan prp, dr. mad wellness, terapi prp, platelet rich plasma, rawatan kecantikan prp

3. Enam botol darah dalam rawatan PRP untuk slimming ini adalah untuk perut, lengan dan peha dimana kawasan berkenaan adalah kawasan bermasalah bagi CN.


rawatan prp, dr. mad wellness, terapi prp, platelet rich plasma, rawatan kecantikan prp
Darah CN sebanyak 7 botol 1 untuk PRP wajah dan 6 lagi untuk PRP slimming.


4. Proses rawatan PRP untuk slimming ini dilakukan oleh Dr. Aina sendiri. Untuk perut, sebelum disuntik sel serum tersebut, Dr. Aina mencubit-cubit perut CN yang muncit tu untuk memberi rasa sakit. Bak kata Dr. Aina, bila sakit baru otak akan menerima signal sakit dan mengarahkan sel-sel dikawasan yang sakit untuk bekerja. Sama juga di lengan dan peha, sebelum disuntik sel serum, Dr akan mencubit-cubit manja dulu.


5. Hanya 2 botol sel serum untuk setiap kawasan bermasalah dan selesai proses sudah rawatan PRP untuk slimming. Mudah kan?

Kesan selepas Rawatan PRP untuk slimming


Antara sebab utama kenapa CN memilih PRP untuk slimming berbanding kaedah rawatan slimming yang lain yang ditawarkan di Dr. M.A.D Wellness adalah kerana ia selamat dan organik. Disebabkan CN adalah breastfeed mom, jadi CN tidak boleh sesuka hati membuat sebarang rawatan slimming. Effectnya nanti adalah kepada Dhia Zahra yang bambam tu. Pernah dulu CN makan suplimen untuk slim, habis ceri beri anak CN yang sorang tu sebab tak tahan. Kesian sangat !

rawatan prp, dr. mad wellness, terapi prp, platelet rich plasma, rawatan kecantikan prp
Katil yang selesa


Jadi PRP untuk slimming ni tidak memberi kesan kepada Dhia Zahra. Apa yang penting, selepas rawatan PPR untuk slimming ni, CN perlu pantang kopi, makanan serta minuman sejuk dan makanan berlemak untuk memaksimakan penghasilan sel-sel darah baru dan menyinkirkan lemak berlebihan. 

Kesan paling jelas kelihatan adalah di lengan dan peha. Dalam masa 2 minggu dah nampak kesan pengurangan. Cuma bahagian perut yang agak liat lemaknya. Walaupun dah sebulan CN buat PRP untuk slimming ini, lemak-lemak degil di perut masih kelihatan. Cuma shape di bahagian pinggang makin kelihatan. Kalau tak Encik Suami cakap straight je tak ada curve! Isy !

rawatan prp, dr. mad wellness, terapi prp, platelet rich plasma, rawatan kecantikan prp
CN di Dr M.A.D Wellness

Lokasi Dr. MAD Wellness


Ingin mencuba kaedah rawatan PRP ini? Layari Facebook << Dr M.A.D Wellness >> & Instagram << Dr M.A.D Wellness untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh terus datang ke Dr. M.A.D Wellness yang terletak betul-betul di atas Klinik TTDI Sunway Mentari. Memang mudah untuk kesini. Berdekatan dengan Sunway Piramid. 

rawatan prp, dr. mad wellness, terapi prp, platelet rich plasma, rawatan kecantikan prp
Rakan-rakan beauty blogger dari AFB bersama nurse & doktor di Dr. M.A.D Wellness


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Lea Azleeya
admin
11 April 2017 at 16:21 ×

Wahh seronoknya dapat buat rawatan ni..

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon