Zac&Zibbo Kids Gym The Parenthood

April 07, 2017

Biasanya kita mendengar pusat gymnasium untuk orang dewasa sahaja, tapi sekarang CN nak cerita tentang pusat gymnasium untuk kanak-kanak. Di Zac&Zibbo kids gym, kanak-kanak bukan sahaja diajar cara menggunakan alat gym yang super cute untuk mereka. Malah mereka diajar pelbagai permainan untuk kognitif dan fizikal mereka yang direka khas untuk pelbagai jenis umur.

zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Bersama rakan-rakan Parenting Blogger di Zac&Zibbo Kids Gym Parenting Wellness Launching

Zac&Zibbo Kids Gym, The Parenthood Sunway Pyramid


1 April yang lalu, CN berkesempatan menyertai Zac&Zibbo Kids Gym Parenting Wellness Launching di The Parenthood Sunway Pyramid. Pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak dan ibubapa di sana. Memang best ! Selain bermain, ibubapa juga diberi tips yang menarik ketika menguruskan anak.

zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Zac&Zibbo Kids Gym Parenting Wellness Launching


zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Suasana di dalam Zac&Zibbo Kids Gym yang sangat selesa dan warna-warni

zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Antara alatan senaman di Zac&Zibbo Kids Gym 

Apa yang bestnya Zac&Zibbo Kids Gym ni, ia bersebelahan dengan pusat gym untuk ibubapa. Sementara menunggu anak-anak bergym, ibubapa juga boleh turut serta bergym dimana alatan gym disini menggunakan mesin Power Plate. CN sendiri dah cuba Power Plate ni, memang sangat mudah digunakan.

zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Antara aktiviti di Zac&Zibbo Kids Gym


Oh ya, untuk pembaca CN yang ingin mendaftar Zac&Zibbo Kids Gym. Anda boleh mendapatkan diskaun 20% dengan memasukkan kod << kkw14>> ketika mendaftar. Kod diskaun ini sah sehingga 30 Jun 2017 sahaja.

zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
CN mencuba mesin Power Plate

Untuk pengetahuan anda, The Parenthood juga menawarkan Power Plate training packages serendah RM1300 untuk 6 bulan. Pelbagai pelbagai training packages yang ditawarkan seperti Fitness Training, Toning & Slimming Training, Golf Training, Couple Training dan Post Natal Power Plate Traiing. Dengan bimbingan dari trainer yang berpengalaman, anda dapat memaksimakan penggunaan Power Plate ini.

zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Suasana di dalam gym dengan mesin Power Plate

Layari Facebook page The Parenthood Wellness untuk keterangan lanjut atau hubungi 016-2968983 untuk sebarang pertanyaan & free trial class appointment.

Pelbagai tarikan menarik di The Parenthood Sunway Pyramid


Selain Zac&Zibbo Kids Gym, terdapat pelbagai lagi tarikan menarik di The Parenthood Sunway Pyramid. Sudah tentu yang paling menarik minat anak-anak adalah Playland yang CN pernah cerita di entry SINI. Bayangkan sampai je ke The Parenthood, tempat pertama yang anak-anak nampak adalah Playland. Mau menjerit-jerit anak-anak ni kalau tak dibawa ke sini ! Hehehe..

zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Pintu masuk The Parenthood Playland
zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Antara permainan menarik di dalam The Parenthood Playland

Selain Playland, disini juga terdapat GEM Studio yang menawarkan harga yang menarik untuk parent & anak-anak. Paling menarik, ada kerusi kereta untuk memujuk anak-anak untuk potong rambut. Almaklumlah, kadang-kadang budak-budak ni meragam masa potong rambut. Bila ada kerusi kereta ni, sukalah budak-budak tu kan. Memang kreatif dorang ni.

zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Pintu masuk GEM Studio
zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Kerusi replika kereta untuk si kecil anda
zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Harga yang ditawarkan di GEM Studio

Jangan fikir The Parenthood ni tempat bermain je tau. Disini juga terdapat Pre-School untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun. Setiap kumpulan kanak-kanak ini dipisahkan dan mengikut module pembelajaran standard antarabangsa. Paling menarik, The Parenthood Pre-School juga menawarkan khidmat daycare sehingga 6 petang. Di sini terdapat pelbagai buku-buku menarik untuk anak-anak yang suka membaca. Tempatnya selesa dan menarik. Anak-anak boleh baring tergolek sambil baca buku. Memang seperti di rumah.


zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Irfan Hensem di hadapan The Parenthood Pre-School


Tidak lengkap rasanya kedatangan CN ke The Parenthood tanpa shoping. Ada pelbagai retail outlet disini seperti Be Bold, Hello Kitty, Lego, Transformers dan macam-macam lagi. CN sempat shopping dress Dhia Zahra yang dijual dengan harga RM10.90 sahaja. Murah sangat !

zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Antara retail outlet yang ada di The Parenthood


Pendek kata, The Parenthood semuanya di bawah 1 bumbung.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Parenthood, layari : http://theparenthood.com.my/

Anda juga boleh terus sahaja ke :
The Parenthood
1st Floor, Sunway Pyramid West, Sunway Pyramid
(Masuk Padini dulu untuk ke The Parenthood ni)

zac&zibbo kids gym, the parenthood, the parenthood sunway pyramid, GEM studio, kids gym
Irfan & Aqila di hadapan pintu masuk Zac&Zibbo Kids Gym


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.