Ke Citta Mall ke kita?

Cuti sekolah kini bermula, tak tahu nak bawa anak-anak ke mana sempena cuti sekolah ni? Apa kata bawa anak-anak anda ke Citta Mall yang terletak di Ara Damansara. Senang je nak kesini, anda cuma perlu mencari laluan ke Airport Subang. Untuk ke Citta Mall anda perlu membuat pusingan U sahaja. Apa yang membuatkan CN suka di Citta Mall adalah mall ini tidak sesak. Sangat besar dan lapang pulak tu. Di Citta Mall ini terdapat pelbagai tarikan menarik untuk anak-anak sempena cuti sekolah. CN sendiri dah bawa anak-anak CN ke Citta Mall sabtu lepas, memang enjoy budak-budak tu. Bukan sahaja anak-anak enjoy, malah mak dan ayah pun dapat enjoy sekali kerana di Citta Mall terdapat pelbagai aktiviti untuk keluarga.

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
CN dan rakan-rakan parenting blogger di hadapan pintu masuk MBO Citta Mall yang penuh warna warni

Tengok wayang di MBO Citta Mall


Berbeza dengan MBO tempat lain, MBO Citta Mall mesra kanak-kanak. Kenapa CN cakap macam tu? Sebab sampai sahaja ke depan MBO, terdapat wall yang penuh dengan lego. Kemain eksited Irfan Hensem bila nampak lego ni tau. Kusyuk betul dia main. 

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Wall yang penuh dengan lego

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Anak-anak kusyuk mengerjakan wall yang penuh dengan lego

Kemudian yang membuatkan CN dan anak-anak teruja adalah laluan masuk ke hall. Pintu masuk sahaja penuh dengan blok yang dibina berkonsepkan Alice in the Wonderland. Memang menarik. Setiap hiasan dinding di MBO Citta Mall penuh dengan hiasan yang pasti membuatkan anak-anak teruja.

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Hmm..nak tengok cerita apa ye?

Menjadi Saintis Muda di iDiscovery World


IDiscovery World ini terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Pelbagai aktiviti berkonsepkan Sains untuk anak-anak.  Irfan Hensem sendiri dah cuba aktiviti ikan di dalam botol, gunung berapi, sate belon, glue stick dan macam-macam lagi. 

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Dihadapan pintu masuk iDiscovery World Citta Mall

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Pelbagai aktiviti di iDiscovery World Citta Mall

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Anak-anak kusyuk membuat glue stick

Paling menarik, mereka dipakaikan coat saintis. Sangat comel tau ! Aktiviti sains ini terbahagi kepada 3 kumpulan umur iaitu 4-6 tahun, 7-9 tahun dan 10-12 tahun. Aktiviti sains yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kumpulan umur kanak-kanak ini.

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Eksited budak-budak ni menunjukkan hasil eksperimen mereka

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Teacher Chong bersama anak-anak di iDiscovery World Citta Mall

Untuk keterangan lanjut, hubungi :
I-Discovery World Citta Mall
011-23848788/012-2815086

Membeli pelbagai barangan di Kedai buku Times


Kedai buku Times yang terletak bersebelahan dengan surau ni memang besar. Terdapat pelbagai jenis buku yang dijual dari pelbagai genre. Di bahagian luar pulak terdapat pelbagai buku dijual dengan harga yang murah. Bukan sahaja buku, malah permainan dan alat tulis turut dijual. Memang best.

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Kusyuk tengok buku apa yang hendak dibeli

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Anak-anak pun eksited tengok barang-barang faveret masing-masing

Berbuka puasa di Mr Dakgalbi


Hah, jangan tak percaya, CN berbuka puasa pertama bermenukan makanan korea tau. Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall ini memang luas dan meriah. 

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Menu utama di Mr Dakgalbi, nyum nyum nyum

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Muka kekenyangan selepas berbuka puasa di Mr Dakgalbi

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall

Bukan sahaja menu orang dewasa, terdapat juga menu kanak-kanak yang sangat sedap di Mr Dakgalbi ini. Menu kanak-kanak habis licin tau sebab mama dan ayah turut makan sekali. Anak dara CN si Dhia Zahra dari mula kami berbuka siap pakej bergambar bagai tidak bergerak duk menghayati kesedapan makanan korea di Mr Dakgalbi. Nampak sangat peminat makanan korea anak dara CN sorang ni! 

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Muka eksited hokay..

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Dhia Zahra kusyuk makan menu kids di Mr Dakgalbi

Bukan sahaja makanan korea, malah halwa telinga anda disajikan dengan lagu-lagu kpop. Apa lagi, suka la anak-anak CN sebab mereka ni peminat kpop macam mama mereka ! Hehehe

citta mall, Mr Dakgalbi, Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall, iDiscovery World, MBO Citta Mall
Nyum nyum nyum hokay

Berminat untuk ke Citta Mall?


Apa lagi, cuti sekolah 2 minggu ni apakata bawa anak-anak anda ke Citta Mall. Selepas penat beraktiviti, boleh berbuka puasa di pelbagai jenis restoran yang terdapat di Citta Mall. Memang mudah.

Jom layari Facebook Citta Mall & Instgram Citta Mall untuk pelbagai update terkini

Disini CN kongsikan peta laluan ke Citta Mall. Jom ke Citta Mall !




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Miza Talib
admin
29 May 2017 at 20:17 ×

Jom dating lagi ke citta mall

Reply
avatar
Normi Nieza
admin
30 May 2017 at 09:22 ×

wah..bestnya...bw pagi 4 ramadan..:)

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon