Majlis menandatangani perjanjian usahasama Jakel Shah Alam & Ahli Parlimen Tanah Merah

May 27, 2017

YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama Jakel Shah Alam Trading Sdn. Bhd telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah semalam yang disertai oleh ramai rakan media termasuk CN. Sumbangan baju raya ini kepada semua pengundi Tanah Merah yang tinggal di Tanah Merah atau tinggal di luar Kelantan tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik bagi menghargai sokongan yang diberikan selama ini. Hadiah ini juga layak diterima oleh mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017.

jakel shah alam, ahli parlimen tanah merah, sumbangan baju raya, baju raya jakel
Majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah bagi penyerahan sumbangan 60,000 pasang baju raya di Jakel Shah Alam semalam


Penyerahan Sumbangan 60,000 pasang baju raya oleh Ahli Parlimen Tanah Merah


Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi kira-kira 60, 000 pengundi di Parlimen Tanah Merah sudah tentu lebih ceria apabila bakal menerima baju raya percuma. YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah dengan berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa nanti. Jadi beliau mengharapkan sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk di Tanah Merah selain dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan. 

jakel shah alam, ahli parlimen tanah merah, sumbangan baju raya, baju raya jakel

Para penduduk akan menerima baju raya yang berkualiti tinggi iaitu baju melayu untuk lelaki manakala baju kurung untuk perempuan. Lebih istimewa, mereka dapat membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang diinginkan. Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya. 

jakel shah alam, ahli parlimen tanah merah, sumbangan baju raya, baju raya jakel
Antara koleksi baju melayu yang akan disumbangkan kepada pengundi Tanah Merah

Sumbangan baju raya ini berupa baju melayu (lelaki melayu), baju kurung (perempuan melayu), baju kemeja (lelaki bukan muslim) dan kain (perempuan bukan muslim). 

jakel shah alam, ahli parlimen tanah merah, sumbangan baju raya, baju raya jakel
Antara koleksi baju kemeja lelaki yang akan disumbangkan untuk pengundi Tanah Merah bukan muslim

jakel shah alam, ahli parlimen tanah merah, sumbangan baju raya, baju raya jakel
Antara koleksi baju kurung yang akan disumbangkan untuk pengundi Tanah Merah 

Pelbagai design untuk Aidilfitri dari Jakel


Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

Dan buat pertama kalinya Jakel Shah Alam dengan kerjasama Haqqi (sebuah portal online barangan haji & umrah dan barang muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelah Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan bermula hari ini sehingga malam raya. 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.