Saps Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan

Saps Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan 


Tahukah anda tentang SAPS ibu bapa? Ia digunakan untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5.  Apakah SAPS Ibu dan Bapa itu sebenarnya


cerita cikgu, saps ibu bapa,
SAPS Ibu Bapa

SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Pelajaran Sekolah yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam era globalisasi kini Dengan adanya SAPS ibu bapa ini, penggunaan kertas dapat dikurangkan. Pendek kata, ia seperti slip keputusan online dengan memaparkan keputusan peperiksaan atau ujian lengkap dengan ulasan guru tingkatan lagi. Pelajar sekarang tidak perlu tertunggu-tunggu slip keputusan peperiksaan atau ujian dari guru, hanya lihat keputusan secara online sahaja. Mudah kan?

Dengan adanya SAPS ibu bapa ini, ibu bapa akan dapat sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet. Semua perkara hanya online sahaja. 


cerita cikgu, saps ibu bapa,
SAPS Ibu Bapa

CN percaya masih ramai ibu bapa yang masih belum tahu cara atau belum pandai untuk menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini betul? Di bawah ini adalah cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak anda melalui sistem SAPS ibu bapa:

Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa.


Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link di atas dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Memang mudah ! 

Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini sebagai satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran serta lain-lain perkara yang tidak baik.

CN berharap agar perkongsian kali ini dapat membantu lebih ramai orang supaya lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.  

Sila share artikel ini untuk berkongsi maklumat dengan ramai lagi ibubapa diluar sana. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
14 May 2017 at 22:11 ×

Artikel yang ohsem.. Sha pun baru tau pasal SAPS ini bila search dekat Google..

Congrats bro Shahida Dzulkafli you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon