Tips masak kek guna Noxxa

Salam Ramadhan dari CN. Seronok bila cuti time bulan puasa ni. Ada macam-macam idea masakan untuk berbuka puasa. Bila nak masak tu paling penting mesti ada gadget yang memudahkan keje di dapur. Salah satu gadget paling penting di dapur ketika bulan puasa ni sudah tentu periuk kesayangan ramai iaitu periuk Noxxa. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang tips masak kek guna Noxxa. CN dapatkan tips ni pun dari group masakan di FB. Semoga menjadi panduan untuk diri sendiri juga kepada pembaca tersayang.

tips, tips masak kek guna noxxa, bakar kek guna noxxa, cara bakar kek guna noxxa
Resepi Kek Marble Noxxa di SINI 

Tips masak kek guna Noxxa kaedah STEAM kering


Kaedah STEAM kering adalah dengan memasukkan terus adunan kek atau kuih ke dalam innerpot.


πŸ“Œ masa adalah sekitar 20-25 minit STEAM. Akan bunyi bip sebab kering dari awal hingga masak. Abaikan bunyi itu😴😴

πŸ“Œ masa yg diberi tu sebenarnya dah memasakkan bahagian bawah dan tepi kek/kuih tetapi tidak bahagian tengah. Tengah masih lembik kadang cair lagi.

πŸ“Œ menambah masa steam bukanlah cara yang tepat kerana tambahan masa untuk masakkan bahagian tengah akan menterlebih masakkan bahagian tepi dan bawah kek/kuih menjadikan kek/kuih kita hitam dan keras.

πŸ“Œ untuk memasakkan bahagian tengah tadi tu apabila habis masa steam tu jangan terus buka tudung walaupun bau kek/kuih kita amatlah menggoda tahap dewi... Just off button merah tu saja.

πŸ“Œ biarkan kek/kuih tadi dalam periuk dengan tudung masih tertutup rapat. Biarkan panas dalam periuk tadi terus memasakkan kek/kuih tadi. Biar dalam 5-10 minit.

πŸ“Œ selepas 10 minit dengan off dan masih tertutup, barulah buka tudung dan keluarkan innerpot dari periuk. Biarkan kek/kuih sebentar sehingga sejuk sedikit sebelum dikeluarkan. Bersabaaaar... Jika tak keluarkan inner tu, bahagian bawah kek/kuih akan kehitaman sebab periuk masih panas.

πŸ“Œ agak-agak inner dah boleh pegang barulah keluarkan kek/kuih kita... Walahhhh.. In shaa Allah jadi dan masak..πŸ˜…πŸ˜…

tips, tips masak kek guna noxxa, bakar kek guna noxxa, cara bakar kek guna noxxa
Resepi Kek Coklat Moist Noxxa di SINI


Kaedah STEAM basah atau STEAM bath.


πŸ“Œ jika kita STEAM kek secara steam basah atau steam bath. Caranya adalah dengan menggunakan pengalas berkaki atau ridai besi. Lapikla inner dengan kain jika ridai kita tak pakai kasut plastik sebab takut calar... Jika ada kasut tak perlu kain ye.

πŸ“Œ letakkan air paras ridai dan acuan atau loyang kita di atas ridai tersebut. Tutup dan steam macam biasa. Masa adalah sekitar 25-30 minit.

πŸ“Œ jika air kering periuk akan bunyi bip... Yang ni kalau nak buka tudung tu hati-hati sebab wap sangat panas.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Nieyl
admin
31 May 2017 at 14:21 ×

kawan-kawan ade yg tgh memujuk tok beli noxxa ni..

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon