16 tips amalan sihat ketika berpuasa

June 05, 2017

Berikut merupakan amalan sihat ketika berpuasa yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Bila berpuasa ni, semoga kita semua bukan sahaja beroleh pahala yang berlipat ganda, malah mendapat tubuh badan yang sihat dengan cara islam yang mudah dan praktikal. Jom kita sama-sama amalkan 16 tips sihat di bulan puasa ini. 

tips kekal cergas ketika berpuasa, tips di bulan puasa, amalan sihat ketika berpuasa, tips sihat di bulan puasa
Gambar hiasa Dhia Zahra yang tidak berpuasa ! Hehehe


Tips amalan sihat ketika berpuasa

*Tips Melalui Ramadhan - Dr Norhissam*

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi pottasium seperti makanan bergula perang, bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar.

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tidak basah.

6. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang diblender.

7. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yang gopoh gapah.

8. Pastikan ambil moreh yang ringan. Makan selepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya

9. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.

10. Selepas itu bangun pukul 3 untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dengan renjis air sejuk dengan ujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

11. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

12. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

13. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam.

14. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

15. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

16. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.


Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari 8 jam.

Marhaban ya Ramadhan 😊 

Sumber : Group whatsapp


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.