5 hiasan rumah yang boleh dibeli di Carousell

Kurang seminggu dah nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti ramai yang tengah sibuk menyediakan pelbagai persiapan raya dari segi baju, kuih raya malah hiasan rumah. Bila sebut tentang hiasan rumah, CN cadangkan supaya anda mencari hiasan rumah di Carousell sahaja, yela, zaman serba nak duit semua ni mestilah kena berjimat cermat. Tak perlu beli hiasan rumah yang mahal-mahal, cukup untuk menyerikan rumah supaya nampak cantik dan selesa untuk tetamu yang datang.

Carousell, hiasan rumah murah, hiasan rumah preloved, hiasan rumah

Hiasan Rumah yang Murah di Carousell


Untuk mudahkan anda shoping, apa kata download app Carousell di Google Play Store anda. Bila CN dah bukak apps Carousell ni, memang leka duk tengok barang-barang baru dan preloved yang mampu milik. Jangan terkejut, di Carousell juga ada jual hiasan rumah preloved dan baru. Best tau. Harga pula sudah tentu berbaloi. Anda boleh bandingkan barangan yang sama yang dijual oleh seller yang berbeza. Paling senang, siap boleh chat dengan seller directly tau. Dah senang untuk deal pembelian bila boleh berkomunikasi dengan seller.

Ok, disini CN cadangkan 5 hiasan rumah yang boleh dibeli di Carousell pada harga yang sangat berpatutan dimana semuanya berharga bawah RM100.

5 hiasan rumah yang boleh dibeli di Carousell


Carousell, hiasan rumah murah, hiasan rumah preloved, hiasan rumah
Carpet Comfy RM40

1. Carpet
: Tak perlu pening kepala beli carpet mahal-mahal untuk nampak cantik. Di Carousell, harga carpet comfy ini cuma RM40 sahaja. New item tau. Memang berbaloi

Carousell, hiasan rumah murah, hiasan rumah preloved, hiasan rumah
Tapestry (FREE POSTAGE) RM35

2. Tapestry
: Hah, apa kata cipta kelainan raya kali ini dengan letakkan tapestry di ruang tamu anda. Sudah tentu tetamu yang datang akan seronok bergambar bersama-sama. Agak murah tapestry ini dengan harga RM35 dan free postage. Item baru tau.

Carousell, hiasan rumah murah, hiasan rumah preloved, hiasan rumah
Khat Kufi RM25

3. Hiasan Rumah Khat Kufi
: Tergoda pula CN tengok hiasan rumah khat kufi ini. Dengan warna merah yang menggoda, harga pula cuma RM25 sahaja. CN pernah tengok di facebook, harga nya sampai mencecah ke ratusan ringgit. Memang berbaloi kalau beli hiasan rumah di Carousell ni.

Carousell, hiasan rumah murah, hiasan rumah preloved, hiasan rumah
3D Wall Sticker Lights

4. 3D Wall Sticker Lights
: Nampak unik dan rare bila anda letakkan 3D wall sticker lights ini di ruang tamu anda. Cuba lah ! Harga pun cuma RM40 sahaja.

Carousell, hiasan rumah murah, hiasan rumah preloved, hiasan rumah
DIY Clock Sticker RM20

5. Clock Sticker
: Nampak unik kan hiasan rumah clock stiker ini? Apa kata jadikan clock sticker DIY ini sebagai salah satu hiasan rumah sempena raya kali ini. Pasti akan ada tetamu yang bertanya di mana beli clock sticker ni? Sudah pasti jawapan anda adalah Carousell gituw..

Beli & Jual Pelbagai Barangan Baru & Preloved di Carousell


Di Carousell, anda bukan sahaja boleh membeli barangan baru dan preloved, malah anda juga boleh menjual barangan di sana. Macam CN sendiri ada jual baju preloved yang masih cantik dan elok tau. Jenguk la ke akaun CN @cekgunorazimah tau. Kot-kot anda berkenan dengan barangan yang CN jual. Harga boleh bincang gituw..

Carousell, hiasan rumah murah, hiasan rumah preloved, hiasan rumah
Antara barangan preloved di @cekgunorazimah

Jangan lupa follow CN ye di @cekgunorazimah. Apa kata anda kongsikan artikel ini dengan saudara-mara dan rakan-rakan anda supaya lagi ramai yang tahu tentang Carousell ini, Tak rugi shopping di Carousell tau. 


~Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
mamapp
admin
18 June 2017 at 14:46 ×

Mama mmg hantu Lazada Dan carousel juga hihj

Congrats bro mamapp you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon