Mr Dakgalbi Citta Mall

Dakgalbi adalah antara makanan korea sedap yang kian menjadi bualan orang Malaysia. Ramai yang dah cuba dan ramai yang berpuas hati kerana rasa pedas-pedasnya just nice untuk tekak melayu terutamanya macam CN ni. Dakgalbi ini adalah hidangan berasaskan ayam yang telah marinated yang dimasak secara stri-fry. Ayam pedas marinated ini dimasak bersama kobis dan macam-macam lagi. Memang sedap !

mr dakgalbi, citta mall, makan-makan di citta mall, makanan korea sedap, restoran makanan korea,
Menu utama di Mr Dakgalbi, nyum nyum nyum


Mr Dakgalbi di Citta Mall


Hah, jangan tak percaya, CN berbuka puasa pertama tahun ini bermenukan makanan korea di Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall. Memang best dekat Mr Dakgalbi Citta Mall ini. Luas dan meriah.

mr dakgalbi, citta mall, makan-makan di citta mall, makanan korea sedap, restoran makanan korea,
CN di hadapan Mr Dakgalbi Citta Mall

Hidangan Dakgalbi ini dimasak real depan customer tau. Menu pertama adalah mee ramen bersama Dakgalbi. Kemudian, hidangan kedua pula nasi bersama cheese. Bila hidangan kedua ni memang sangat-sangat kenyang sebab nasi bersama cheese kot. Cepat muak. Satu pan tu untuk 2 orang tapi kami makan 4 orang pun tak habis sebab memang kenyang sangat !


mr dakgalbi, citta mall, makan-makan di citta mall, makanan korea sedap, restoran makanan korea,
Muka kekenyangan selepas berbuka puasa di Mr Dakgalbi

Bukan sahaja menu orang dewasa, terdapat juga menu kanak-kanak yang sangat sedap di Mr Dakgalbi ini. Menu kanak-kanak habis licin tau sebab mama dan ayah turut makan sekali. Anak dara CN si Dhia Zahra dari mula kami berbuka siap pakej bergambar bagai tidak bergerak duk menghayati kesedapan makanan korea di Mr Dakgalbi. Nampak sangat peminat makanan korea anak dara CN sorang ni! 

mr dakgalbi, citta mall, makan-makan di citta mall, makanan korea sedap, restoran makanan korea,
Muka eksited hokay..

mr dakgalbi, citta mall, makan-makan di citta mall, makanan korea sedap, restoran makanan korea,
Dhia Zahra kusyuk makan menu kids di Mr Dakgalbi

Bukan sahaja makanan korea, malah halwa telinga anda disajikan dengan lagu-lagu kpop. Apa lagi, suka la anak-anak CN sebab mereka ni peminat kpop macam mama mereka ! Hehehe

mr dakgalbi, citta mall, makan-makan di citta mall, makanan korea sedap, restoran makanan korea,
Nyum nyum nyum hokay

mr dakgalbi, citta mall, makan-makan di citta mall, makanan korea sedap, restoran makanan korea,
Dakgalbi untuk kids sebelum dimasak

Lokasi Mr Dakgalbi Citta Mall


Jika anda hendak ke Mr Dakgalbi Citta Mall, anda hanya perlu cari jalan ke Lapangan Terbang Subang. Citta Mall terletak di sebelah kanan anda jika dari Federal Highway. Anda hanya perlu u-turn sahaja dah sampai. Mr Dakgalbi ini terletak di ground floor sahaja. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon