Pertama kali ke Pameran Artifak Rasullullah S.A.W Shah Alam

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W kini berlangsung di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam bermula 10 Julai 2017 hingga 23 Ogos 2017. Jangan lepaskan peluang melihat sendiri khazanah peninggalan daripada Baginda S.A.W dan Para Sahabat R.A yang dibawakan dari segenap pelusuk dunia ke Malaysia  agar kita semua dapat menghayati perjuangan Baginda Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat R.A. Pameran ini dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 10 malam. Manakala untuk hari Jumaat tutup pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang. 

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
CN & keluarga kecil di Pameran Artifak Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat R.A


Pameran Artifak Rasullullah S.A.W


Pameran Artifak Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Negeri Selangor ini diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Lembaga Muzium Negeri Selangor dan Dragon Heart Sdn. Bhd. 

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
Rambut Baginda Rasullullah S.A.W yang tidak mempunyai bayang walaupun direct dengan cahaya lampu

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
Janggut Baginda Rasullullah S.A.W

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
Busur Baginda Rasullullah S.A.W

Alhamdulillah, CN sendiri telah melihat pameran artifak Rasullullah S.A.W tersebut bersama keluarga kecil kami. Memang seronok bercerita kepada Irfan Hensem tentang barangan peninggalan ini yang dibawa dari seluruh dunia. Rugi jika tak rebut peluang melihat dengan mata kasar khazanah artifak tulen ini. 



Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
Kunci makam Rasullullah S.A.W

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
Kain penutup makam Rasullullah S.A.W yang berbau wangi

Paling terkesan adalah CN berpeluang mencium kain penutup makam Baginda Rasullullah SAW yang sangat wangi. Bukan mudah untuk mendekati makam Rasullullah SAW yang asalnya terletak di Madinah ini. 

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
Serban Rasullullah S.A.W

Antara artifak peninggalan Rasulullah S.A.W yang dipamerkan adalah seperti rambut baginda, penutup makam, capal, cop mohor, tapak kaki, serban dan pelbagai lagi termasuklah pedang para sahabat baginda. Selain itu, terdapat juga Kiswah Pintu Kaabah, Kunci Kaabah, Al Quran emas, jam matahari dan batu yang tertera ayat Al Quran.


Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
Tapak kaki Rasullullah S.A.W


Artifak-artifak ini dibawa khas daripada pemegang koleksi peribadi yang datang dari luar negara seperti Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
Sandal Rasullullah S.A.W

Harga tiket masuk ke Pameran Artifak Rasullullah S.A.W


Untuk ke pameran tersebut perlulah membuat belian tiket secara atas talian di www.tamadunislam.com bagi memudahkan urusan dan hanya tebus di kaunter tebusan pada sepanjang pameran berlangsung. Tetapi jika anda tidak sempat membeli secara online, anda boleh juga terus beli di kaunter. 

Bayaran masuk ke pameran ini adalah seperti berikut:

>> Dewasa : RM20 seorang
>> Pelajar : RM10 seorang
>> Warga Emas : RM10 seorang
>> OKU : RM10 seorang
>> Kanak-kanak 6 tahun ke atas : RM10 seorang
>> Kanak-kanak bawah 6 tahun : PERCUMA

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
CN & Dhia Zahra bergambar di hadapan pintu masuk Pameran Artifak Rasullullah S.A.W Masjid Shah Alam
Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
CN & Irfan Hensem di Pameran Artifak Rasullullah S.A.W Masjid Shah Alam



Hadiah Pengunjung Bertuah ke Pameran Artifak Rasullullah S.A.W


Paling menarik, terdapat hadiah pengujung bertuah yang berlangsung sepanjang tempoh pameran iaitu bermula 10 Julai 2017 hingga 23 Ogos 2017. 

Hadiah pengunjung bertuah adalah seperti berikut :

Setiap 1,000 : Sehelai T-shirt
Setiap 10,000 : Sehelai T-shirt dan Al-Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 : Sehelai T-shirt, Al-Quran Digital dan Pakej Umrah seorang

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
Antara barangan pameran lain seperti baju perang Islam

Pameran Artifak Rasullullah S.A.W di Shah Alam, pameran artifak asli, pameran barangan rasullullah, masjid negeri Shah Alam
Quran bertatah emas

Maklumat lanjut mengenai Pameran Artifak Rasullullah S.A.W


Untuk maklumat lanjut mengenai Pameran Artifak Rasullullah S.A.W, anda boleh layari lamanweb rasmi iaitu www.tamadunislam.com.

Anda juga boleh dapatkan info-info terkini di media sosial seperti dibawah :

Website : http://tamadunislam.com/
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : https://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : https://twitter.com/PameranArtifak


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
14 July 2017 at 17:52 ×

bestnya dpt pi tempat tinggalan artifak Rasulullah...mcm nk pi nanti!

Reply
avatar
Efa Othman
admin
26 July 2017 at 13:52 ×

Bkn senang nak cari peluang cam ni kan CN... Siap ada hadiah untuk pengunjung bertuah lagi....

Reply
avatar
26 July 2017 at 15:34 ×

Betul tu, bersyukur sgt dpt pegi pameran ni, dkt pulak tuh

Reply
avatar
Kak Sue
admin
27 July 2017 at 10:01 ×

Menarik nie, InsyaAllah kalau ada rezeki Kak Sue memang plan nak singgah sini.. nampak ramai juga blogger yang dah pergi kan..

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon