Resepi Kek Marble Minyak yang mudah

Kek marble sememangnya menjadi hidangan wajib ketika hari raya. Selalunya CN beli je, tapi kali ini nak cuba buat sendiri sebab CN dapat resepi kek marble minyak yang mudah ini di page Let's Cook & Bake. Bahan-bahan membuat kek marble minyak ni sangat mudah dan caranya senang je. Dah macam buat apam susu gebu faveret Irfan pulak. 

Jom kita cuba resepi kek marble minyak gebu gebas ni ye. 

kek marble minyak, kek marble, resepi kek marble
Resepi kek marble minyak yang mudah

Resepi Kek Marble 


Bahan-bahan membuat kek marble



4 biji telur gred A

1 cwn gula halus/gula castor (x suka manis kurangkan 3/4 cwn)

1/2 sudu besar ovalette

3/4 cwn minyak masak 

1/2 cwn susu pekat
1 sudu esen vanilla
secubit garam
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara membuat kek marble gebu


1. Pukul telur ,gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dlm 10-15 minit.
2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum ,garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yg diayak.

3. Adunan dah kembang tadi masukkan susu pekat dengan mixer speed perlahan. Kemudian, masukkan pula esen vanilla.
4.  Masuk bahan diayak sikit-sikit. Pastu masuk minyak dan sebatikan semua, step ni jgn pukul lama sangat. Tutup mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik.
5. Pastu asingkan adunan kepada dua bahagian, warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko dan kacau rata.
6. Sediakan loyang pembakar. Sapu minyak dan lapik kertas baking.
7. Ambik senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko dan diulang sampai habis.
8. Oven panaskan dulu 170 degree (jika guna oven kecil guna suhu 160 degree) dan pakai api atas bawah, bakar selama 40-45 minit hingga masak.
9. Tara ! Dah siap kek marble minyak yang gebu !


p/s : Kalau nak kukus tambah 1 sudu kecil baking soda dan kukus 40-45 minit. Balut tudung kukus atau tutup loyang dengan plastik untuk elak air kukusan masuk ke dalam kek





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
8 July 2017 at 07:51 ×

Wah macam sedap je, bolehlah try buat lepas ini.

Reply
avatar
10 July 2017 at 08:23 ×

suka kek cenggini boleh makan selalu daripada kek krim2.. tu sedap jugak tapi jarang2 makan.. kalo moist2 lembab ni sedap saaangat ni CN..

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon