Kids Tour Guide oleh Johan Speaking Academy

August 28, 2017

Bestnya cuti sekolah dah bermula kan? Apa kata untuk cuti sekolah ini, lakukan aktiviti yang jarang-jarang dibuat oleh ibu bapa iaitu menghantar anak untuk menyertai program Kids Public Speaking. Kids Public Speaking ini adalah program untuk kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun dimana program ini mendidik kanak-kanak tersebut untuk berani bercakap di hadapan orang ramai. Salah satu program di dalam Kids Public Speaking adalah Kids Tour Guide di Farm in The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. 

kids public speaking, johan speaking academy, kids tour guide, farm in the city
CN & family bersama Kids Tour Guide at Farm in The City

Kids Tour Guide di Farm in The City, Seri Kembangan, Selangor


Kids Tour Guide merupakan salah satu program anjuran Johan Speaking Academy. Program ini mendidik peserta supaya berani berhadapan dengan orang ramai dan berkeyakinan tinggi semasa bercakap di hadapan orang ramai. 


Video Kids Tour Guide at Farm in The City

kids public speaking, johan speaking academy, kids tour guide, farm in the city
Kids Tour Guide oleh Johan Speaking Academy

kids public speaking, johan speaking academy, kids tour guide, farm in the city
Kids Tour Guide oleh Johan Speaking Academy

Apa yang menarik dengan Kids Tour Guide di Farm in The City ini adalah, sesiapa yang mendaftar dengan Kids Tour Guide, pelawat akan di bawa melawat sekitar kawasan Farm in The City oleh sekumpulan tour guide cilik dari Johan Speaking Academy ini. Memang petah kanak-kanak ini bercerita mengenai pelbagai binatang dan aktiviti yang boleh anda buat di Farm in The City. 

kids public speaking, johan speaking academy, kids tour guide, farm in the city
Penerangan oleh Kids Tour Guide tentang Farm in The City

kids public speaking, johan speaking academy, kids tour guide, farm in the city
Cute je Dhia Zahra & akak Kids Tour Guide yang excited tengok kura-kura

kids public speaking, johan speaking academy, kids tour guide, farm in the city
Irfan Hensem bagi kura-kura makan sayur

kids public speaking, johan speaking academy, kids tour guide, farm in the city
Kids Tour Guide at Farm in The City

Binatang kegemaran saya di Farm in The City


Selain Kids Tour Guide, ada juga public speaking mengenai binatang kegemaran saya di Farm in The City. Public speaking ini disertai oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun. CN sendiri menyaksikan public speaking ini dan salute dengan keberanian kanak-kanak ini bercakap di hadapan ramai orang. CN yang cikgu ni pun ketaq kaki gak kalau kena bercakap depan orang ramai tau ! Hehehe..


kids public speaking, johan speaking academy, kids tour guide, farm in the city
Salah seorang peserta Kids Public Speaking

kids public speaking, johan speaking academy, kids tour guide, farm in the city
Salah seorang peserta Kids Public Speaking iaitu anak kepada blogger Jane Chua


Pelbagai program bulanan & bengkel di Johan Speaking Academy


Berminat untuk menyertai pelbagai program bulanan dan bengkel anjuran Johan Speaking Academy?

Alamat : 92B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Email : KidsPublicSpeaking@gmail.com


Johan Ooi 's profile: Founder of Johan Speaking Academy

2015 - Peninsular Malaysia Public Speaking Champion( Toastmasters International )

2015 - Semi-Finalist World Championship of Public Speaking @ Las Vegas

Keynote and guest speaker for MNC, Corporate Companies :- 
Maxis, Petron, Siemens, IJM Land, P1, Pikom, Shiseido Professional, Boulevard Hotel, Cititel Group, AMSPA, Royale Bintang Group of Hotels & Malaysia Association Of Hotels



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.