Pertama kali ke Dreamworld Playland IOI City Mall

Minggu lepas CN berkesempatan redeem tiket masuk ke Dreamworld Playland yang terletak di IOI City Mall Putrajaya. Memang best di sini. Nampak macam ber'salji' je deco di Dreamworld Playland ni tau. Kami pergi dari petang, rehat sekejab makan dan solat kemudian sambung lagi main. Disini, tiada had masa ditetapkan. Asalkan anda memakai wristband, anda boleh keluar dan masuk sesuka hati hokay. 

dreamworld playland, playland ioi city mall, ioi city mall putrajaya, indoor playland, irfan hensem, dhia zahra
Dhia Zahra dihadapan Dreamworld Playland IOI City Mall Putrajaya

DreamWorld Playland Di The Starling & IOI City Mall Putrajaya


DreamWorld Playland ini adalah taman permainan indoor untuk aktiviti kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Pelbagai jenis permainan yang ditawarkan untuk perkembangan minda kanak-kanak serta tempat untuk mereka bersosial dan berinteraksi. 

Berkeluasan sekitar 6000 kaki persegi, DreamWorld Playland ini mampu memuatkan seramai 120 kanak-kanak dalam satu masa. Antara aktiviti yang disediakan di playland dan party room, kanak-kanak boleh memanjat terowong, tangga dan menyusuri gelongsor dengan cabaran yang bersesuaian buat mereka. Paling istimewa, suasana DreamWorld Playland ini bertemakan salji yang pastinya menyeronokkan bersama maskot yang bernama Eskimo. 

dreamworld playland, playland ioi city mall, ioi city mall putrajaya, indoor playland, irfan hensem, dhia zahra
Dhia Zahra dihadapan ruangan permainan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah

dreamworld playland, playland ioi city mall, ioi city mall putrajaya, indoor playland, irfan hensem, dhia zahra
Budak bambam enjoy main di Dreamworld Playland
dreamworld playland, playland ioi city mall, ioi city mall putrajaya, indoor playland, irfan hensem, dhia zahra
Encik Suami pun excited mencuba pelbagai permainan di Dreamworld Playland ini

dreamworld playland, playland ioi city mall, ioi city mall putrajaya, indoor playland, irfan hensem, dhia zahra
Apa yang CN perasan, ramai foreigner yang membawa anak-anak mereka bermain di Dreamworld Playland ini. Cute kan anak Pak Arab ni? Bambam sangat !


The best Dreamworld Playland di Selangor ini juga menyediakan pakej untuk sambutan hari jadi buat anak-anak. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di dalam pakej hari jadi ini termasuk ‘Dream rides’ istimewa yang pastinya memberikan pengalaman menarik buat anak anda.





Anda boleh lihat sendiri video yang sempat CN rakam ketika anak-anak CN iaitu Irfan & Dhia seronok bermain. Mak pak pun boleh main sekali tau. Cuma anda akan berasa sakit pinggang kerana perlu terbongkok-bongkok. Almaklumlah, permainan disini direka khas untuk kanak-kanak mengikut ketinggian mereka, bagi orang dewasa memang agak sukar untuk bergerak. 

dreamworld playland, playland ioi city mall, ioi city mall putrajaya, indoor playland, irfan hensem, dhia zahra
Dhia Zahra memang sangat aktif disini. Jenuh CN duk mengejar hokay. 


Harga tiket DreamWorld Playland


Admission rate untuk ‘unlimited play’ di The Starling berharga RM48 untuk hari biasa (weekdays) dan RM58 pada hujung minggu (weekend), manakala di IOI City Mall berharga RM45 (weekdays) dan RM55 (weekend). Setiap pembelian tiket kanak-kanak akan beroleh tiket percuma untuk dewasa yang menemani. Tambahan RM5 untuk seorang lagi dewasa yang ikut bersama.

dreamworld playland, playland ioi city mall, ioi city mall putrajaya, indoor playland, irfan hensem, dhia zahra
Irfan leka bermain 'pasir' bersama anak foreigner
dreamworld playland, playland ioi city mall, ioi city mall putrajaya, indoor playland, irfan hensem, dhia zahra
Komunikasi 2 bahasa antara Irfan dan kawan barunya. Tapi yang best, mereka saling faham bahasa masing-masing !

dreamworld playland, playland ioi city mall, ioi city mall putrajaya, indoor playland, irfan hensem, dhia zahra
Dhia Zahra pun suka main 'pasir'. Tapi kena tengok sebab sempat jugak dia masuk dalam mulut tau! Sabo jela

Berminat untuk membawa anak-anak anda ke DreamWorld Indoor Playland ini?


Berikut merupakan alamat DreamWorld Indoor Playland yang terletak di The Starling Mall & IOI City Mall Putrajaya.

DreamWorld Indoor Playland
The Starling Mall
No. 6, Jalan SS 21/37,
Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tempahan dan info lanjut: 012 7219 9509 (Yoong Fui).

IOI City Mall
L2-16, Level 2, IOI City Mall,
Lebuh IRC, iOi Resorts City,
62502, Putrajaya
Tempahan dan info lanjut: 012 7029 9509 (Hazwan).

Atau follow FB untuk maklumat terkini : DreamWorld Playland

Untuk pertanyaan hubungi Dream Team di 012-7029509 (IOI City Mall) & 012-7219509 (The Starling Mall).



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
iffah hussin
admin
8 August 2017 at 19:01 ×

bestlah bawa ank-ank main kat situ...

Reply
avatar
mamapp
admin
10 August 2017 at 23:11 ×

Ini confirm budak2 xnak balik ni haha

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon