Serik nak ke Gold Coast Morib

Gold Coast Morib memang dekat dengan rumah CN. Tapi setakat ini baru 2 kali CN menginap di Gold Coast Morib dan kedua-dua pengalaman CN di sana memang mengecewakan! Jika sebelum ini CN ke sana menggunakan voucher RM150 yang dibeli dari adik CN, kali ini pula CN redeem voucher dari Traveloka hasil menang contest dan cuma tambah RM29.90 sahaja. Kalau ikutkan harga memang berbaloi, tapi pengalaman CN di sana amat mengecewakan.

gold coast morib, review gold coast morib, gold coast morib kotor
Irfan Hensem excited main air sedangkan Dhia Zahra menangis sedih takut air

Rude staff di Gold Coast Morib


Tak patut kalau CN salahkan semua staff di Gold Coast Morib sebagai rude, tapi ada beberapa staff yang sangat rude dengan bahasa dan tingkahlakunya. Ikutkan nak ambil gambar dan masukkan di media sosial, tapi tak bagus aibkan orang. Cuma reminder buat pihak Gold Coast Morib, train your staff supaya respect customer. 

CN tanya elok-elok di kaunter dan ada seorang staff tu boleh ignored CN dan terus berlalu pergi! Hello, i'm talking to you! At least say sorry dan cakap tak boleh entertain CN tak boleh ke? Bahasa mana bahasa?

Bilik air kotor


Dalam entry CN disini dah mention tentang bilik air kotor dan YES, kali kedua CN menginap di Gold Coast Morib masih dengan masalah yang sama iaitu bilik air kotor! Kali kedua ni lagi dasyat sebab amenities yang ada dalam bilik air cuma 1 sabun mandi sahaja! Fuh, mujur CN bawak sabun mandi sendiri bagai.

Jakuzi rosak


CN rasa masalah jakuzi rosak dan tidak boleh berfungsi ni memang masalah biasa kot dekat Gold Coast Morib ni. Dua kali stay sini dan mesti kena report untuk pihak maintenance datang repair. Rugilah stay di Gold Coast Morib tapi tak dapat mandi di jakuzi. Better pergi tempat lain macam tu. Kan, kan?

Okay lah, tak mau komen lebih-lebih. Cuma CN harap 3 teguran di atas diambil tindakan oleh pihak Gold Coast Morib.



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Previous
Next Post »

5 comments

Click here for comments
5 August 2017 at 08:40 ×

Saya mmg tak suka staff yg kurang ajar nih, macam lah dia punya hotel, pekerja jer kot bkn owner... Hormat lah semua orang... Jangan rasis atau memilih taraf... Kadang2 tu tengok pakaian sempoi jer terus pandang rendah & buruk sangka...

Reply
avatar
nini
admin
5 August 2017 at 11:56 ×

Kalau macam tu cara layanan, amik nama n lapor kat bos dorang...harap dorang dapat improve

Reply
avatar
Eeca Shyaa
admin
5 August 2017 at 19:18 ×

alaaa tak bestnya kalau kena yang macam ni. mmg rasa kecewa sangat kan.

Reply
avatar
mamapp
admin
5 August 2017 at 20:15 ×

Alahai kesiannya. Mama pergi aritu alhamdulillah semua ok pula

Reply
avatar
Miza Talib
admin
7 August 2017 at 15:56 ×

Bab bilik air tu kita pun kena jugak. huhu

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon