Raya Aidil Adha di Kampung Kedai Empat

September 07, 2017

Hari ketiga keje baru sempat nak update entry tentang Raya Aidil Adha di Kampung Kedai Empat. Hokay, Kampung Kedai Empat ini terletak di antara pekan Titi Serong dan Bagan Tiang di Perak. Bandar terdekat adalah Parit Buntar dan blogger yang tinggal dekat dengan Parit Buntar adalah Hasrul Hassan. Tapi percayalah, CN tak pernah pun berjumpa dengan blogger hebat tu tau. 

raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
Raya Aidil Adha di Kampung Kedai Empat

Beraya Aidil Adha di kampung CN


Sambutan Aidil Adha di kampung CN iaitu Kedai Empat agak meriah berbanding di kampung Encik Suami iaitu Jenjarom, Banting, Selangor. Kalau di kampung Kedai Empat, bukan sahaja ada aktiviti menyembelih, malah beraya ke rumah saudara mara dan jiran-jiran macam Raya Aidil Fitri. Siap ada duit raya tau. Sebab tu kalau turn raya haji je, CN akan cuba pulang beraya ke kampung kerana kemeriahannya. 

raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
Susah betul nak bergambar satu family dengan anak-anak yang super aktif ni

Selain aktiviti ziarah menziarahi, sudah tentu tarikan utama raya adalah makanan yang dihidangkan. Tahun ni keluarga CN buat kelainan dengan menghidangkan pecal bersama sayur-sayuran untuk para tetamu selain hidangan wajib nasi himpit, kuah kacang dan ayam masak kicap. Jawa style gituw sebab kedua-dua menantu ayah CN adalah lelaki jawa. Memang tak dapat lari raya dengan ayam masak kicap! 

raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
Anak dara CN yang banyak ragam, Dhia Zahra !

Oklah, CN tak mau cerita panjang-panjang lagi. Anda layan jela beberapa keping gambar yang sempat di edit untuk pembaca tersayang. Ikutkan ada banyak lagi gambar, tapi takut orang menyampah pulak ! Hehehehe..



raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
CN bersama adik nombor 3 iaitu Cik Wany (kiri) dan Dek Yah (kanan)

raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
Bergambar dengan boyfriend 'tua' CN

raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
Agenda wajib bergambar depan umah bapa saudara di Bagan Tiang

raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
Anak dara dengan bunga di telinga, cute tak? Hehehe

raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
Bergambar di hadapan rumah sepupu merangkap tokey kerepek sedap, Kak Imah Raub

raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
Group photo di hadapan rumah Kak Mah. Tuan rumah sibuk kat dapur tu..hehe

raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
Bergambar adik beradik, susah tau nak kumpul semua macam ni

raya aidil adha, raya di kampung, gambar raya, kampung kedai empat
Ayah CN yang hensem, kacak & bergaya

Lokasi Kampung Kedai Empat


Hokay, disini CN share lokasi Kampung Kedai Empat. Dalam map CN cuma jumpa lokasi SK Haji Ramli dan Klinik Kedai Empat je. Kira dekat la tu dengan rumah CN 😀



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Mesti dulu2 Ada 4 kedai aje Kan kat situ hihi mama spekulasi plak. Meriah cn Dan family beraya

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.