Kenapa ibu bapa perlu tahu SAPS ibu bapa?

October 28, 2017

Tahukah anda tentang SAPS Ibu Bapa? SAPS adalah singkatan untuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dibawah kelolaan sistemkpm.com. Dalam zaman semua maklumat di hujung jari, begitu juga dengan maklumat keputusan peperiksaan dan ujian sama ada sekolah rendah atau menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, SAPS Ibu Bapa ini digunakan untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5. 

Kenapa ibu bapa perlu tahu SAPS Ibu Bapa



Saps Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan 


saps ibu bapa, saps, semak keputusan peperiksaan, saps ibu bapa 2017 online, saps ibu bapa 2017 sekolah menengah, saps ibu bapa login, saps semakan ibu bapa 2017 sekolah rendah, saps nkra ibu bapa 2017, skpa ibubapa, saps ibu bapa 2017 sekolah rendah, saps 2017
SAPS Ibu Bapa


Sebelum adanya SAPS Ibu Bapa, semua keputusan peperiksaan dan ujian di dalam buku rekod peperiksaan yang dibuat secara manual. Jika pelajar diberi peluang membawa balik buku rekod untuk ditandatangani oleh ibu bapa, pasti ada kes pelajar tipu tandatangan ibu bapa dengan alasan takut dimarahi atau dirotan jika keputusan peperiksaan tidak memuaskan.

Tetapi dengan adanya SAPS ibu bapa ini, bukan sahaja pelajar tidak boleh menipu malah ianya mesra alam kerana penggunaan kertas dapat dikurangkan. Pendek kata, ia seperti slip keputusan online dengan memaparkan keputusan peperiksaan atau ujian lengkap dengan ulasan guru tingkatan serta jumlah kehadiran pelajar setahun ke sekolah lagi. Ibu bapa bukan sahaja boleh tahu keputusan peperiksaan anak mereka, malah boleh kenalpasti rekod kehadiran anak ke sekolah !

Dengan adanya SAPS ibu bapa ini juga, ibu bapa akan dapat sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Ibu bapa bukan sahaja boleh menyemak, malah boleh print slip keputusan tersebut untuk simpanan sendiri jika mahu. Maklumlah sekarang zaman internet. Semua perkara hanya online sahaja. 

Malah menariknya pelajar sekarang tidak perlu tertunggu-tunggu slip keputusan peperiksaan atau ujian dari guru, hanya lihat keputusan secara online sahaja. Mudah kan?


saps ibu bapa, saps, semak keputusan peperiksaan, saps ibu bapa 2017 online, saps ibu bapa 2017 sekolah menengah, saps ibu bapa login, saps semakan ibu bapa 2017 sekolah rendah, saps nkra ibu bapa 2017, skpa ibubapa, saps ibu bapa 2017 sekolah rendah, saps 2017
Semak keputusan anak-anak anda di SAPS Ibu Bapa

CN percaya pasti masih ramai ibu bapa yang masih belum tahu cara atau belum pandai untuk menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini bukan? Di bawah ini adalah cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak anda melalui sistem SAPS ibu bapa:

Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa.


Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link di atas dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Memang mudah ! 


saps ibu bapa, saps, semak keputusan peperiksaan, saps ibu bapa 2017 online, saps ibu bapa 2017 sekolah menengah, saps ibu bapa login, saps semakan ibu bapa 2017 sekolah rendah, saps nkra ibu bapa 2017, skpa ibubapa, saps ibu bapa 2017 sekolah rendah, saps 2017
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan anak anda. Jadikan kelebihan teknologi ini sebagai satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran serta lain-lain perkara yang tidak baik.

CN berharap agar perkongsian kali ini dapat membantu lebih ramai ibu bapa supaya lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.  

Sila share artikel ini untuk berkongsi maklumat dengan ramai lagi ibu bapa diluar sana. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.