Anak lelaki perlu dididik menjadi sweet talker

Lumrah sikap perempuan yang suka dipuji. Walaupun dimulut cakap tak heran dipuji, tapi di hati berbunga-bunga apabila mendapat pujian. Pagi hari menjadi indah apabila si suami menyatakan betapa cantiknya baju isteri dia. Tu baru baju, belum lagi puji tudung, kasut dan lain-lain. Confirm mood ceria sepanjang hari. Betul kan?

Tapi bukan semua lelaki suka memuji isterinya. Macam suami CN memang berat mulut untuk memuji isterinya. Itu yang bila sesekali dipuji, terus mood ceria sampai 1 rumah dibersihkan sebab dapat aura positif. Tapi tula, Encik Suami memang berat mulut untuk memuji CN selalu. Alternatif lain adalah mendidik anak lelaki CN si Irfan untuk menjadi sweet talker. Bayangkan CN balik sekolah penat-penat, Irfan tiba-tiba cakap

"Mama cantik la, baju mama cantik. Tudung mama cantik." Hah! Terus hilang penat & volunteer masak masakan pilihan Irfan. Power kan kuasa pujian ni?

irfan, irfan hensem, tips didik anak lelaki, anak lelaki perlu menjadi sweet talker
Irfan Hensem si sweet talker


Jadi kepada wanita yang mempunyai anak tak kisah lelaki atau perempuan, didiklah mereka menjadi sweet talker. Tetapkan dalam hati mereka bahawa Mama merekalah yang paling cantik didunia!


irfan, irfan hensem, tips didik anak lelaki, anak lelaki perlu menjadi sweet talker
Ciuman dari anak bujang untuk mamanya yang paling cantik didunia ! Ahaks~


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Mimi Azirah
admin
4 December 2017 at 15:13 ×

Hehehe..betul2..kena ajar anak jd sweet talker...lembut hati kita dengar kan

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon