Resepi pau cendawan gebu

December 24, 2017

Siapa peminat pau cendawan gebu meh angkat tangan! CN antara peminat pau cendawan gebu. Kalau makan pau cendawan gebu ni confirm tak boleh stop. Asyik nak makan je tau. Sedap betul ! Sebenarnya tak susah pun nak buat pau cendawan gebu ni. Zap zap zap dah siap. Cuma rajin tak rajin je..hehehe. Ok, meh CN share dengan anda resepi pau cendawan gebu yang senang sangat ni. Kalau malas nak buat bentuk cendawan dengan kaki bagai, cukuplah kepala cendawan macam dalam gambar ni je. Janji sedap hokay ! 

resepi pau cendawan, pau cendawan viral, pau cendawan gebu, resepi pau cendawan gebu, resepi pau cendawan viral
Pau cendawan gebu

Resepi Pau Cendawan Gebu


Bahan-bahan membuat pau cendawan gebu


Bahan-bahan inti pau cendawan gebu
>> 2 keping isi ayam bahagian dada di potong dadu
>> 3@4 cendawan shintake rendam hingga kembang dan dihiris dadu
>> 2 sudu besar mentega
>> 1 sudu besar minyak zaitun
>> 1@2 sudu besar bawang besar dikisar halus
>> 4@5 dash serbuk lada hitam berperisa
>> 1/4 sudu teh garam halus
>> 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Bahan-bahan doh pau cendawan gebu
>> 300 g tepung pau
>> 1 sudu teh yis
>> 3/4 sudu teh baking powder
>> 1 sudu besar gula kastor
>> 1/2 sudu teh pelembut roti
>> 1/2 sudu besar shortening
>> 200 ml air suam

Bahan Untuk Pewarna
>> 2 sudu besar tepung beras
>> 2 sudu besar serbuk koko
>> 4 sudu besar air
(Bancuhkan semua dan ketepikan.)

Cara-cara membuat pau cendawan gebu



1. CARA BUAT INTI

  • Mula-mula cairkan mentega bersama minyak dahulu.
  • Kemudian masukkan bawang besar kisar dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan cendawan shintake dan kacau hingga nampak layu sedikit. Masukkan ayam dan kacau lagi.
  • Masukkan dalam 2 sudu besar sos tiram Maggi dan kacau.
  • Kemudian perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  • Untuk dapatkan inti yang pekat tuangkan tepung jagung yang dibancuh dengan air.
  • Kacau sehingga pekat dan padamkan api. Jika inginkan lebih nampak ‘creamy’ boleh tambahkan ‘mushroom soup Campbell’. Siap intinya! Sementara ia sejuk, kita buat dohnya.

2. CARA BUAT DOH

  • Masukkan kesemua bahan kecuali shortening dan gaul. Adunan agak jadi melekit sedikit.
  • Kemudian masukkan shortening dan uli sehingga doh menjadi elastik.
  • Perapkan selama 10 minit hingga ia naik dua kali ganda. Tumbuk-tumbuk manja sahaja untuk buangkan udara. Kemudian, bulat-bulatkan doh seperti dalam gambar. Siap!

3. MASUKKAN INTI
Leperkan doh kemudian sudukan inti ikut banyak mana yang anda mahu. Kalau CN suka inti banyak, jadi letaklah banyak-banyak ye. 

4. BENTUKKAN
Tutupkan semula doh tadi dan kemudian ambil sedikit adunan bulatkan dan tepek atasnya seolah-olah seperti batang cendawan. 

5. WARNAKAN
Apabila dah siap bentuknya, kita main cat-cat pula! Guna berus dan tepek-tepekkan atasnya dengan adunan coklat tadi. Setelah dicat, biarkan selama 30 minit sehingga ia jadi mengembang, baru boleh kukus.

6. SEDIA UNTUK DIKUKUS

Naikkan tempat pengukus dahulu biar air mendidih. Susunkan dalam pengukus dan kukus 2-3 minit sahaja. Siap untuk dihidang ! 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.